Isnin, 21 Mac 2011

Langkawi Trip

Persiapan
Kemas rumah. Sapu sampah. Mop lantai. Basuh bilik air. Kain basuh dan sidai. Ikan kena bagi makan kenyang-kenyang. Pokok kena siram cukup-cukup. Bubuh baja kalau perlu. Sebelum bertolak ke KL, masak kek. Kemas beg. Bawak baju jangan lebih-lebih. Toiletries. Nanti terlebih 20kg dah susah. Tutup pintu tingkap.
Perjalanan bermula
Ambik Nyah, 2 orang anak lelaki dan Mak di rumah Nyah. Bertolak ke KL sekitar pukul 3.30petang. Sampai di Ulu Bernam hujan pulak. Singgah untuk minum dan mengalas perut. Sampai di KL pukul 7. Bermalam di rumah adik. Malam tu adik pergi ambik Balkis.
Langkawi kami datang
Pakcik van datang ambik tepat pukul 9 pagi. Sampai KLIA pukul 10. Check-in. Flight pukul 11.45am. Tak dapat duduk satu row. Sebelah aku budak pempuan dan budak lelaki melayu. Served kacang goreng dan fruit juice. Aku rasa macam pening sikit maybe sebab kapal kecik. Try nak tidur tapi tak sempat dah sampai ke Langkawi. Sewa kereta. Adik dan aku decide sewa Innova. $370 untuk 3 hari 2 malam. Tu pun dah adik tanya boleh kurang ke. Aku rasa kalau tak tanya, mungkin dia katok habis-habisan. Isi petrol $30 Buraq Oil. Jenama tu je la yang kami jumpa dulu. Cari makan tengahari, dekat Kuah, lunch untuk 7 orang semua dia charge $28 aje. Kira murah la. Sampai di hotel sekitar 2.15pm. Receptionist cakap pukul 3 baru boleh check-in. Aku satu bilik dengan adik. Mak, 3 budak dan Nyah duduk satu family room. Aku sempat tidur kejap. Pukul 5 keluar, menuju ke Idaman Suri. Tempat makcik makcik nak menyopping periuk belanga, pinggan mangkuk, sudu garpu. Kemudian, mulanya ingat nak minum petang, tapi termakan malam sekali. Heeee....memula makan laksa, kemudian makan char kuey teow. Tapi aku rasa still tak boleh kalah char kuey teow penang punya. Semua makan berjumlah $42. Setelah kekenyangan, balik semula ke hotel.
Hari ke 2
Breakfast Arip buat hal tak mau makan. Puas la nak memujuk baru dia nak makan. Lepas membuang hampas perut, mandi semua, bertolak ke Akuaria. Aku merasa drive Innova. Haaa. Tengok ikan dan hidupan dalam air. Burung pun ada sama. Tapi burung bau busuk. Aku risau burung tu berak atas kepala. Nasib baik semua burung berperangai sopan. Lepas Akuaria, kami menuju ke Gunung Macincang. Ingatkan nak naik kereta kabel. Aku memang tak nak naik la kereta kabel ni. Satu sebab aku seriyo sikit. Yang kedua nya aku nak temankan mak. Punya ramai orang berbaris. Adik cakap sampai orang yang jual tiket tu kata, kalau dah dapat beli tiket, kena tunggu 2 jam lagi. Haaa... tak larat depa nak tunggu. Maka kami pun cabut dari situ, pergi ke tempat menternak kerbau. Alaa...hari tu ada masuk majalah 3. Jalan nak masuk ke tempat tu kecik. Aku rasa kecik lagi dari jalan depan rumah aku kat kampung. Mulanya kami ingat masuk free. Rupanya kena bayar. Jadi kami malas nak buang duit. Makan aiskrim kat luar aje. Aku try yogurt susu kerbau. Sambil dihiburkan dengan aroma kandang kerbau. Eh, kat Singapura ada hospital kandang kerbau tau? Op...terluar tajuk kejap. Aku mula-mula tak perasan bau taik kerbau tu. Tapi dah angin bertiup tu baru aku ada perasan. Adik beli keju dibuat dari susu kerbau. Kemudian bertolak ke Makam Mahsuri. On the way stop kejap beli minyak gamat, minyak munasir (bukan anasir jahat, tapi untuk penyakit buasir). Dah masuk dalam kereta nak start pergi ke Makam Mahsuri, aku heran nape harga minyak gamat aku tu $10 sedangkan aku tengok kat botol lain tadi harganya $8 je. Dah beli tu udah la. Next time be careful. Sebelum masuk Makam Mahsuri, melantak makan laksa kat gerai Mak Ngah Piah. Lepas tu sempat beli tshirt muslimah sementara adik dah menunggu nak beli tiket masuk ke Makam Mahsuri. Sekarang ni dia charge $5 kalau nak masuk. Aku ingat masa aku datang Langkawi dulu-dulu, tak de kena bayar pun. Round round sekitar dalam tu, kemudian tengok rumah Pandak Mayah (rumah ni ada jugak orang masuk ke dalam, nak tengok rumah melayu dulu-dulu), rumah Panglima Hitam (eerie sikit la rumah ni, aku tengok macam tak ramai pun orang nak masuk rumah tu). Lepas tu ada orang main muzik kat tengah balai. Habis perjalanan di Makam Mahsuri. Balik semula ke Kuah. Menuju Idaman Suri sebab mak nak belikan Yong sesuatu. Aku dah mula rasa sakit perut. Ni mesti probiotik telah memulakan aktiviti dalam usus aku ni, memandangkan orang lain takde pun sakit, aku sorang je. Adik le temankan aku singgah satu kedai makan, dia order minum sementara aku pegi cari toilet kat belakang. Toilet memang ada kat belakang kedai makan tu, tapi tak berapa sempurna sebab tak de pintu, dan gelap, dan takde hose, kena cebok. Ada tangga kat situ, aku letakkan tangga tu untuk menghalang orang dari datang ke situ. Memang cirit best gila la. Dan paling pengotor aku rasa sebab lepas berak tak de tempat nak basuh tangan. Cis. Bila aku keluar, adik ajak aku cabut je dari situ, sebab air dia order punya lama tak siap-siap lagi. Mak pun dah dapat barang yang dia nak beli. Maka kami terus perjalanan ke Jetty Point. First thing yang aku buat, ialah mencari tempat nak basuh tangan. Kat Jetty Point, Nyah telah meracun aku untuk beli satu pasang kasut (dia pun beli jugak, kasut dia kaler pink, aku warna kuning). Sempat lagi menghabiskan duit membeli spek hitam. Balik semula ke pekan Kuah, minum petang. Lepas minum petang, beli coklat, balik semula ke hotel. Malam keluar balik sebab nak makan malam kat restoran Wan Thai di mana makanan nya sedap dan rasa berbaloi le membayar $150 untuk makan malam tu. Lepas dinner, singgah di Teow Sin Huat memborong coklat. Ni la tempat yang aku tengok adik berhabis seratus ringgit sebab membeli coklat....Nak balik ke hotel tu, lepas trafic light, ada satu motor ni macam nak pusing ke kanan, tapi signal takde. Aku rasa macam Innova tu ada tergesel sikit dengan motor pakcik ni. Tapi pakcik tu teruskan jugak perjalanan. Sambil tu dia tertengok-tengok ke arah kereta kami tu. Sampai kat parking hotel, aku rasa macam berubah sikit le kedudukan bumper depan tu!
Hari last
Arip dah mau breakfast pagi ni. Alkisahnya dua adik beradik tu pergi main kat swimming pool. Aku dengar cerita dari adik Arip hampir hampir nak lemas. Eish...suspen pulak aku. Alhamdulillah takde apa-apa terjadi. Hujan renyai-renyai sikit pagi tu. Pukul 11 sampai kat airport. Memulangkan kunci Innova dan dalam keadaan hujan, bumper depan tu yang terubah sikit tu tak la perasan sangat. Kat airport, sempat aku ngabis sikit lagi duit yang ada dengan membeli Chance. Dah lama dah aku terniat nak beli ni, tapi takde kesempatan. Flight pukul 12, sampai kat KLIA sekitar pukul 1. Bertolak balik ke rumah adik, menaiki Kia Pregio (dia charge $230). Pukul 5.30pm, aku, mak, nyah dan 2 budak lelaki balik ke Ipoh.
Tak habis lagi...ni kisah derhaka pulak
Sepanjang perjalanan, aku rasa penat pun ada jugak sikit-sikit. Aku tanya mak, nak ke singgah R&R Tapah, mak kata ikut le. Dah kata ikut le, aku pun stop le kat Tapah. Memula sembahyang Magrib. Lepas sembahyang, aku tanya mak, nak minum ke ? Mak kata tak payah. Nyah pun kata tak payah. Aku rasa geram. Sampai kat kereta aku hempaskan pintu kereta tu kuat-kuat. Mak nak suakan aku kacang, aku kata tak nak (2 kali). Muhammad yang menyebok kepong aircond, habis kena marah dengan aku. Aku drive laju-laju (quite laju la kiranya, memalam tu sampai 120km/h) almost 15 minit la. Kemudian aku dah sense something not right. Mak sebelah aku dah tak mengunyah kacang lagi. Nyah dan bebudak kat belakang dah diam. Tetiba ada sikit rasa menyesal dalam hati aku. Nape yang aku nak mengamuk tak tentu pasal tu? Kalau buatnya tereksiden malam tu disebabkan aku drive laju-laju dan emo semacam, tak ke menyesal sepanjang hayat? Bukan aku sorang dalam kereta tu, Mak aku duduk sebelah aku. Nyah dengan 2 orang budak yang tak bersalah. Hanya kerana aku marahkan diorang, dan mengikutkan letih aku, tak kan la diorang pulak yang nak jadi mangsa. Maka dah nak hampir dengan Simpang Pulai, aku slow down sikit. Dah lepas hantar Nyah, Arip dan Muhammad, maka aku dengan Mak terus ke Meru. Singgah kat kedai makan, aku order kuey teow goreng. Mak makan bihun goreng. Licin pinggan aku. Mak kata "Memang lapar betul ke kamu ye". Aku tau mak nak pujuk aku. Dalam hati aku rasa bersalah ya amat. Alhamdulillah dah selamat sampai. Malam tu, aku tidur kat depan tv dengan mak.
Lepas derhaka, ni la balanyaa....
Lepas breakfast, kami balik ke Air Tawar. Sempat singgah kat Sri Iskandar sebab mak nak beli bunga kat Semaian Sri Iskandar. Tengahari pukul 2, aku ke Tian Siang. Sebis kereta. Tetiba rasa nak kencing, aku masuk toilet. Toilet duduk. (BALA 1. )Masa nak basuh tu, hujung hose tu pecah, bersembur air keluar dan habisla basah seluar aku, seolah-olah macam aku kencing dalam seluar. Aku berdiri je la sepanjang tu, sebab aku takut habis basah baju sama. (BALA 2)Tak lama, pempuan receptionist datang, cakap bateri aku weak, kena ganti, habis $486 terbang untuk sebis kereta dan harga bateri. (BALA 3) Singgah pulak kat tukang jahit sebelah Kashmir, nak tanyakan pasal baju yang ditempah. Tengok-tengok satu pun tak siap. Baju mak pun sama tak berjahit lagi..
Moral of the story: Jangan derhaka. Nanti kena bala..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan