Khamis, 24 Mei 2012

Benda yang aku menyampah

Ada trainee kasi jamuan makan. Tak sure samada jamuan jamuan yang dianjurkan oleh trainee ni acara wajib atau pun tak. Tapi aku kesian kat trainee. Gaji pun takde, tapi suruh diorang belanja makan. Tapi oleh sebab dah ada benda nak makan, aku pun makan aje la.

Satu benda yang paling aku menyampah ialah sekiranya dah diberi makan percuma, ada pulak staf yang ambik kuih banyak tapi tak mau habis. Ambik kuih karipap, tapi bahagian klim kat tepi karipap tu tak nak makan dengan alasan nak makan inti je. Apa punya orang la macam ni! Lebih baik rebus je keledek dan bagi engkau makan, nak?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan