Apa pasal aku nak beli peti ais baru ni?
1. Peti ais lama kecik. Tak muat nak bubuh segala mak nenek barang makan dan krim muka (nak dapat pori kecik la konon. aku nak ikut jejak langkah mak)
2. Peti ais lama ada satu pintu je. Tempat sejuk beku (simpan ikan, daging, ayam) berkongsi bau dengan tempat tak beku.
3. Bila peti ais aku nak defrost, aku kena buat secara manual. (semi automatic). Itu tak jadi masalah. Tapi yang jadi masalah bila dia defrost, banjir akan berlaku dalam rumah.
4. Tempat sejuk beku tu (peti ais lama) kalau simpan aiskrim, dia akan terbahagi dua, iaitu krim dan ais. Jadi rasa aiskrim jadi tak best. Walaupun aku jarang makan aiskrim kotak besar-besar, tapi bila aku terasa mengidam nak makan ais krim, haaa....nanti mana nak letak? Takkan nak letak dalam almari?
5. Aku memang sayang peti ais lama yang kecik hijau tu. Tapi aku perlu pembaharuan. Cewah. Statement mengabih duit.
6. Haji M sedang berada di Paris sekarang ni. Aku pesan beli fridge magnet. Mana nak letak fridge magnet tu? Haaa...I need a bigger space.
Apa kriteria yang penting untuk membeli peti ais?
1. Ruang yang cukup. Ada hati nak beli peti ais besar, tapi ruang tak muat, tak guna. Kat kiri kanan, atas, mesti ada ruang sikit untuk pengaliran haba.
2. Kegunaan peti ais. Nak beli stok makanan seminggu dan simpan dalam peti ais. Jadi tak kerap la ulang alik ke supermarket.
3. Family. The bigger the family, the bigger the fridge.
4. Jimat tenaga. Opt for something like, inverter...or plasma cluster... Jangan membazir tenaga.
5. Warna ok ke tidak. Nak matching ke tak dengan kaler dinding, kabinet, ke kaler mesin jahit ke. Tapi kebanyakan peti ais aku tengok kaler kelabu, tak pun gelap. Hitam ada. (Aku berkenan dengan plasma clusters hanya dari tajam) tapi malangnya ruang yang diperuntukkan tak mencukupi.
6. Peti ais yang lama guna banyak guna letrik. Tapi setakat ni, bil letrik pun aku tak bayar sebab ditanggung gomen. Kurang dari RM20.
Maka, tatkala aku menaip entri ini, aku sedang menunggu kedatangan apek yang membawa peti ais baru. Entah apasal datang lambat pulak apek ni. Lesing kang.
NOTE:
Aku berazam ... (this applied for the next 2 weeks)
* muhasabah diri
* belajar masak mee kari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan