Ahad, 1 Mei 2016

KK - Beaufort

Bangun seawal pukul 3.30pagi. Bersiap menuju ke KLIA2. Adik hantar aku. Aku tak biasa sangat dengan setting kat KLIA2 tu, jadi aku tunggu kawan-kawan aku yang lain di tengah medan orang ramai tu.

Ternampak Waris penyanyi dengan napsack dia, tengah berjalan kat situ. Tak ada sapa peduli pun.

Solat subuh tergesa-gesa di surau KLIA2. Masa tu dah final call. Masa nak berjalan ke flight, orang masih beratur panjang lagi. Alhamdulillah sempat. 

Flight bertolak tepat 6.30am. Dalam flight, aku tak boleh tidur sebab lapar sangat. Pesan nasi lemak pada peramugari tu, tapi bila troli tu sampai ke barisan aku, nasi lemak dah habis. Eiii....menyesal pulak aku tak bungkus apa-apa makanan tadi. Kawan aku bagi sikit roti krim dia untuk lapik perut.

Sampai di KK pukul 9am. Makan dulu di Jesseltown. Memberi idea pada aku untuk cuba masak sendiri tenggiri goreng yang diletak sambal di atasnya, sambil makan nasi panas.

Naik teksi ke Stesen Keretapi Tanjung Aru. $25. Bukan jauh sangat pun. Teksi memang cekik darah kat KK. Ok bah klou kou. Yang sebenarnya tak ok pun. Nak kena pelangkung aje pemandu teksi ni. Sesampai di stesen keretapi, train yang ada cuma pukul 7 pagi dan 5 petang. Haaa?? Jadi kami yang sampai pukul 9 pagi ni mau ke mana bah? Cuba kou bagitauk akuk. Kami bertemu dengan seorang pemandu van (yang secara tidak sengaja yang pergi ke stesen ketapi tu untuk mencari seafood katanya), nama adik tu Muhibbah, dihantarnya kami ke stesen bas untuk ke Beaufort naik van dia tu, secara percuma. Rezeki datang tanpa disangka.

Dari KK ke Beaufort mengambil masa sejam setengah. Perjalanan dengan bas express berhawa dingin, tapi kerana dek jalan berbukit bukau sedikit geografinya, ada jugak bunyi eee okkk eee okk. Langsir bas yang kadang-kadang bergerak sendiri ke depan ke belakang tu pada pendapat aku sangat sesuai dijadikan scene dalam cerita seram. Hehehe

Sampai di Beaufort, kat kaunter stesen keretapi tu cakap perkhidmatan hari ni tak ada, keretapi tergelincir. Jadi kamu tak mau repair ke? Adik tu senyum-senyum. Oooo tak ada kepentingan untuk depa repair cepat pun ketapi tu. Sebab ada khidmat pengangkutan darat. Tapi mana boleh biarkan kami dalam ke frust an yang bersangatan ni? Kami nak naik keretapi ke Tenom. Untung-untung boleh ramaikan pesta keamatan. Dengan hati yang hampa, kami naik teksi sapu ($10) dan check in di River Park Hotel. $150 satu malam. Mengingatkan aku kepada De Art Hotel di Shah Alam bila memandang pada lukisan yang digantung pada dinding di dalam bilik dan koridor. Aku tengok kawan aku dah tidur. Aku tak boleh tidur sebab mengepung kambing dalam Farm Heroes.

Petang, kami makan di Sate Brunei. Aku yang tak berapa makan daging ni pun boleh cakap sate daging dan kambing dia sedap mengalahkan sate samuri, ni kan pulak orang yang memang suka makan daging kan. Selain sate, aku makan Nasi Lalap (bukan lalat), nasi, dengan ayam yang digoreng dicelup tepung. Pun sedap.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan