Sabtu, 11 Mac 2017

Konvoi Wanita Berbasikal - Putrajaya

Masuk Malaysia Guinness record kata kau dengan penyertaan lebih 11400 wanita (aku rasa tak berapa tepat sangat sebab ada yang tak datang - kawan adik).

Acara basikal, kalau ramai sangat, dan tiada pengawasan dari marshall, memang akan jadi kucar kacir.

1. Dari aspek keselamatan, ada yang tidak memakai helmet pun masuk juga acara ni.

2. Dah nama konvoi wanita berbasikal, kau ajak anak lelaki kau sama buat apa?

3. Dah nampak kau nak naik bukit, kau adjust la gear kat basikal tu. Tu pun tak reti ke? No wonder la kau tak larat nak kayuh, sehingga berhenti kat tengah jalan, aku rasa nak menyumpah pun ada tapi ku tahan jebatttt...

4. Kalau kau dah tak larat, nak stop tiba-tiba, kau perati le kanan, kiri belakang. Jangan suka ati kau tibai berenti tengah jalan. 

Pihak organizer sepatutnya beri tips keselamatan semasa mengayuh basikal kepada participant semasa beri nombor plate. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan