Selasa, 29 September 2009

Mulanya di sini

Kisah-kisah lama, cerita-cerita yang ada nilai pengajaran patut diingat. Kerana sejarah biasanya berulang. Untuk itu kita tak mahu sejarah yang tak elok berulang lagi di masa depan. Kalau sejarah tidak dimuat dalam bentuk tulisan, mungkin saya akan lupa. Maka dengan itu saya mengambik keputusan untuk memulakan blog.

Ada banyak cerita dalam kepala otak saya, yang berlaku di sepanjang bulan puasa dan raya, in chronological order:

1) Awal bulan puasa. Saya berjaya mengorder biskut raya dari Kak Zai. Kak Zai memang pandai buat biskut raya. Rangup je. Entah berapa kali attempt saya buat biskut pun, tetap tak sesedap biskut raya Kak Zai. Tahun sudah saya gagal kerana lambat order.

2) Pertengahan bulan puasa. Katak pisang masuk rumah saya lagi! Entah bila dia masuk rumah saya tak tau. Tapi saya ingat, weekend tu adik saya datang dengan kawan dia. Saya bukakan tingkap luas-luas untuk pengudaraan yang baik. Agaknya masa tu katak tu sesat. Tahun ni, tiada lagi Kak Aida sebelah rumah datang untuk menangkap katak (last time satu family Kak Aida dengan anak-anak dia semua jadi frog buster). Yang berani dan macho menangkap katak itu ialah Cikgu Siti, jiran sebelah rumah.

3) Minggu terakhir bulan puasa. Menghadirkan diri ke mahkamah sesyen buat pertama kali kerana memberi evidence tentang autopsy yang dilakukan pada 2003. Lama tu! Nasib baik saya tak buang lagi report tahun 2003. Adik jadi driver, sampai sesat. Malam sebelumnya tu dah test dah. Tapi sesat juga, idak le jauh sangat. Agaknya kalau saya yang jadi driver, mungkin lebih teruk lagi sesat hingga ke Shah Alam. Sungguh kelakar kerana saya hampir duduk di kerusi sebelah peguam plaintiff, walhal sepatutnya saya duduk kat belakang tu sementara nama saya dipanggil. Magistrate tak pandang langsung muka orang yang bagi evidence. Garang bebeno rope Makcik Sabariah! Soalan yang ditanya oleh plaintiff dan defendant lawyer sangat mengelirukan kalau tidak diamati betul-betul. Suspen je rasa. Macam saya pulak yang bersalah. Tapi Alhamdulillah, berkat doa mak, adik dan kengkawan, it's a smooth sailing. Cuma adik cakap muka saya macam nak menangis. Muka suci memang macam tu...

4) Sehari sebelum raya. Akibat pegi court, maka semangat berkobar-kobar untuk buat biskut raya telah terpadam. Dari 3 jenis biskut yang dicadangkan, hanya satu aje yang materialize. Memang buang karan sungguh event no. 3 di atas tu. Hinggakan kek yang dibakar pagi Sabtu sebelum raya telah menjadi rentung kat bahagian atas, telah dibaiki, dan habis juga dimakan!

5) Pagi raya yang syahdu, telah berjalan kaki pergi masjid untuk sembahyang raya. Abah tetiba cakap tak nak bawak kereta pulak. Marathon telah dimenangi oleh Mak (jalan macam tak cukup tanah, tak padan dengan sakit jantung tu), tempat kedua oleh yours truly, dan tempat ketiga oleh Abah. Hehehe…tempat ketiga ialah tempat terakhir, sebab kami pergi bertiga je. Adik tak pergi sebab dia berdarah. Sementara adik beradik yang lain tak balik kampung lagi masa tu.

6) Hari yang seterusnya. Raya pertama tak pergi mana-mana. Raya kedua pergi rumah Hajjah Aishah (kawan marhaban mak) dengan Jawahir. Raya ketiga pergi rumah Cikgu Razali. Rumah Norakmar member sekolah rendah (kau siapa? Lawyer? Magistrate) setelah berapa tahun tak jumpa. Pak Itam (ni dah jadi satu acara wajib tiap kali raya).

7) Pagi raya ke 10. Mulakan blog.

1 ulasan:

  1. Selamat raya Makyang. Tak apa beli je biskut kat Supermarket Kinta tu (ada lagi ke supermart ni?). Jalan halau katak keluar lain kali. Dia makan nyamok, jadi amanlah rumah.

    Jiran sebelah tak jemput beraya ke?

    BalasPadam