Saya tidak suka:
1) Orang yang duduk sebelah saya dalam CME hall tidur sampai berdengkur padahal orang lain tengok kat saya seolah-olah macam saya yang berdengkur. Saya tak bersalah ok!
2) Orang yang masuk ke bilik saya, dan kemudian baru nak ketuk pintu. Baik tak payah ketuk, buat sakit tangan kau aje.
3) Orang yang pinjam cd lagu raya kemudian buat macam harta sendiri.
Cukup la 3 untuk hari ni.
Mungkin yang berdengkur tu kata dalam hati, "semoga anda dibalas dengan ganjaran kerana melindungi saya dari dimalukan tadi."
BalasPadamYang masuk baru mengetuk tu ingin masuk dulu kerana apakala Makyang tersentak sewaktu mendengar ketukan, nampak wajah manusia. Taklah terkejut sangat sekiranya mendengar ketukan dan tak nampak orang.
Dan yang pinjam cd raya tu sengaja tak mau pulangkan kerana dia tau Makyang apabila mendengar lagu-lagu menangis terkedu-kedu. Dia tak mau menyayatkan hari Makyang.
Mungkin juga tekaan saya tak tepat.