Rabu, 14 Oktober 2009

Kawan dan kawin

Dulu saya ada dua orang kawan, A dan B. Saya dan B duduk serumah. B ada seorang lagi kawan, namanya C. C selalu datang berkunjung ke rumah saya dan B. Secara tidak langsung C juga menjadi kawan saya.
.
Bila A kawin, saya dan B pegi kenduri kawin A. Lepas tu B kawin, saya je pegi kenduri kawin B. A tak pegi.
.
5 tahun kemudian, C pun kawin. Kedua-dua A dan B tak dapat datang kenduri kawin C. Alasan B kerana nak pergi kenduri kawin orang lain. Alasan A ialah kerana dia nak exam.
.
Diorang ni kan, kalau dah kawin, tak ingat lagi dah pasal kengkawan yang tak kawin. Terfikir dalam kepala otak saya, kalau saya kawin, besar kemungkinan semua A,B dan C tidak akan datang ke kenduri kawin saya.

1 ulasan:

  1. Jangan bimbang. Cari kawan baru D dan E. Tinggal serumah dengan E yang kebetulan ada kawan F. Dan bermulalah seperti tadi. Insha Allah mereka akan datang dan jangan harapkan A, B dan c.

    BalasPadam