5 November 2009
Pergi ke Hospital Tentera kat Wangsa Maju, dengan dua orang lagi staf. Naik kenderaan pejabat yang berbentuk kereta. Ada kursus sehari. Tak pernah dengar pulak tentera ada hospital kat Wangsa Maju. Sepital baru rupa-rupanya. Baru di officiate dek Agong bulan Ogos yang lepas. Masa nak masuk tu, kena register kat pondok guard. Tapi masa nak keluar tu, keluar gitu hal aje le.
.
6 November 2009
Pergi ke Cameron Highland sebab ada konferens selama 3 hari. Naik kenderaan pejabat yang berbentuk van, tapi tak boleh sandar kepala kalau mengantuk. Either lentok kan kepala kat tepi tingkap, atau baring terus kat seat van tu. Penat sebab tak boleh tido sedangkan perjalanan sejam lebih. Adoiii
.
16 November 2009
Memandu sendiri pergi ke KL. Ada urusan follow up. Best kalau sendiri pandu kereta. Bila je rasa nak berenti, saya berenti. Bila saya rasa nak laju ke pelan ke, suka-suka hati saya je. Balik ke rumah hari yang sama.
.
18November 2009
Menuju ke JB untuk menghadiri seminar. Kali ini saya naik keretapi. Haha...berapa zaman dah tak naik keretapi ni, agaknya mungkin dekat 8 tahun yang sudah. Sekarang nak beli tiket pun boleh dibeli secara online. Naik keretapi singgah Kuala Lumpur, dapat bini comel sorok bawah dapur. Pagi cuaca ok lagi. Bila dah petang, hujan mula mencurah-curah. Sekali stranded kat Tampin selama 2 jam. Masa stranded tu la saya pergi ke tandas, membuang baja, dan berwuduk, dan bersolat dalam keretapi. Haa...bukan senang nak buat time keretapi tu bergerak. Sepatut sampai JB pukul 8 malam, tapi sampai pukul 10 malam.
Masa nak balik tu pulak, sekali lagi keretapi stranded kat Labis 3 jam. Haaa! Patut sampai pukul 6 petang, tapi pukul 9.30 malam baru sampai. Dah sampai kat stesen keretapi tu, saya tanya pakcik Kop-iah (teksi) kat situ, berapa dia nak charge saya kalau hantar sampai rumah? Pakcik yang berkopiah tu cakap (muka tanpa rasa bersalah, tu yang geram tu), $20. Call cab lain, seorang uncle Ah Wong, dia charge $12 je. Haa.. selamat sampai ke rumah. Pengajaran: 1) Naik la keretapi kalau ada banyak masa tak tau nak dibuang ke mana. 2) Jangan sangka muka yang tak bersalah tu tak pandai nak pau orang. Haaa...Mereka mungkin lebih pandai menghisap darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan