Rabu, 2 Disember 2009

Second boss berkulit gelap

Apsal second boss berkulit gelap ni asik keluar masuk bilik saya je ...eish...sungguh suspicious la. Pagi dia datang pinjam buku. Dah pinjam dia pulang balik. Petang semalam saya tengah kemas-kemas beg nak balik ke rumah, dia tunggu depan pintu dia cakap jom jalan ke kereta sama-sama. Tengok-tengok hujan pulak dia tak bawak payung, saya ada payung kena la kongsi kalau tidak dia basah. Tapi bila payung dah kongsi bontot saya pulak yang lembab kena tempias hujan. Uwaaaaa. Pastu hari ni dia sebok ambik kes soft tissue tumour patient bukan tumour saya atas meja dan tanya itu ini stain buat ke tidak ada inclusion ke tidak .....rimas aku wehhh. Dah tu tengah sembang dengan kawan gelak hu ha hu ha dia ketuk pintu pulangkan balik kes soft tissue tumour.
.
Entahkan dia nak check saya buat keja ke tidak...
.
Entahkan dia nak assess untuk skt...
.
Entahkan dia nak tengok apa ada dalam laptop saya...
.
Entahkan dia dapat agak saya ada blog kot?
.
Entahkan dia nak tengok meja saya ada banyak lagi kes dari dia ke tidak...
.
Entahkan dia jeles tengok meja saya lebih cepat clear berbanding meja dia serabut dengan slide, dengan referal, dengan apa-apa ntah (tapi saya usaha sungguh-sungguh habiskan kes ok, through the hard way, not easy way or highway!)

2 ulasan:

  1. wah..akak K pun masuk dlm blog ye
    dah dpt parking lot kat depan ka?syokler
    setaraf consultant...

    BalasPadam
  2. ida: baru je dapat setelah jadi kuli 4 tahun. salwa abdul rahman yang baru habis gazet pun dah dapat...

    BalasPadam