Jumaat, 11 Disember 2009

Minggu yang hectic

1. Merumput sampai sakit kaki mencangkung lama sangat.
.
2. Memantapkan diri dalam memasak nasik lemak.
.
3. Ada kawan datang rumah, pastu saya masak spageti. Kuah tu jenis bukak tong dan humban dalam periuk je. Tu pun kawan kata sedap. Ahaks...
.
4. Ada organ procurement. Transplant team dari IJN datang.
.
5. Ada post mortem. Dalam tahun ni, ni lah kali kedua buat postmortem.
.
6. Pegi ke taiping sebab ada cpc. Habis cpc ajak abang drebar pegi ke kuetiow doli. Waa...sudah lama tidak rasa ini keutiow. Kuetiow doli tidak ada kena mengena dengan dolly parton.
.
7. Belajar berenang. Ni memang dah lama terpikir dalam kepala, tapi tak dapat nak materialize sebab takde geng. Dah ada geng ni...maka setiap sabtu, ahad, selasa dan khamis, saya akan belajar menarik nafas dan meluncur di dalam kolam. (setakat ni, masih tak pandai lagi nak kontrol pernapasan. asik tertelan air kolam je sebab bukak mulut).

2 ulasan:

  1. wah..tak lama lagi boleh masuk olympic..renang gaya bebas..dok pi dgn sapa?

    BalasPadam
  2. ida: mana boleh. umur dah senja...pegi dengan budak budak cyto.

    BalasPadam