Selalu aku balik, takde pulak aku nak heret laptop sekali. Tapi kali ni, aku kena heret laptop tu sebab ada kerja aku nak kena buat. Sambil aku menaip powerpoint presentation tu, mak datang tepi aku. Tengok apa aku buat. Tetiba saja aku buat surprise kat mak.
"Tengok ni mak..."
Aku tunjukkan gambar-gambar adik aku pakai baju kawin dengan husband dia yang dahi berkedut. Mak aku cakap....
"Kita tunjukkan gambar ni kat 1st wife dia nak?"
Aku lak terkesima. Eish...kang ada yang bermandikan darah pulak ni!
.
Malam ni bila aku check facebook dia, dia dah hilangkan "wall" tempat di mana aku dapat melihat gambar-gambar yang dia letak. Hari tu aku hantar mesej kat facebook...
" Patut la el, mc, tak pun cuti. Rupanya buat photographic session".
Hah! Pueh hati aku!
.
Masa aku ke KL lepas dari workshop brain tumour hari tu, aku pegi HUKM sebab aku nak jumpa adik aku ni, nak bagi nasihat sikit, sambil menyampaikan amanat yang mak suruh aku buat. Aku siap call lagi KJ dia, tanya bila Ina ni masuk kerja. Hari Khamis tu, patutnya dia kerja petang. Aku sampai HUKM tu around 2pm, sebelum sampai ke wad dia tu, aku call KJ tanya, Ina ada tak? KJ cakap Ina MC, muka bengkak, maybe lepas kena operate gigi hari tu agaknya. Bengkak je hati aku dengar. Tu yang aku rasa usaha aku nak jumpa adik tu sia sia aje. Heii.. apa pun aku dapat jugak cerita-cerita yang tak best tentang adik aku ni. Antaranya, dia selalu EL, tak pun MC. Dengan jantan yang call K.J cakap adik aku depress la tak boleh kerja, kena cuti, kalau tak silap bagi ubat. Manipulative behaviour punya jantan! Ko nak puaskan nafsu serakah engko, boleh suruh adik aku cuti semata-mata nak layan ko ye? Kalau adik aku ni kerja kat private, aku rasa dah lama kena terminated. Tak pikir masa depan betul!
.
Walaupun kengkadang aku rasa sunyi, walaupun kengkadang aku rasa sampai bila nak hidup macam gini, walaupun kengkadang aku rasa kalau ada laki, boleh jugak habiskan makanan yang aku masak ni...TETAPI adalah lebih baik single dari berlaki macam Ina tapi bab kerja hampir compromised, silap-silap hb kena blacklisted. Ada K.J tu nak naikkan pangkat dia, tapi memikirkan dia selalu tuang, haaa...langsung la takde harapan ko nak naik gaji. Adalah lebih baik single dari berkawin dengan orang yang manipulative macam laki Ina tu.
.
Aku tengah pikir, macam mana nak access facebook Ina...patut tak aku menyamar....
Jangan marahkan nyamuk, satu kelambu hendak di bakar...
BalasPadam