Rabu, 25 Julai 2012

Ayam masak merah

Menggunakan rencah dalam peket adalah kerja short cut untuk memendekkan masa memasak. Sebagai contoh, ayam masak merah. Tak perlu sebok nak blend cili, nak kira berapa banyak rempah nak tuang, dan paling penting, terutama di bulan puasa, tak perlu rasa makanan tu cukup masin ke tidak. Gerenti laukku cukup masin. Cuma beberapa perkara perlu diambil perhatian:

1) Kalau arahan kata ayam tu goreng, kena la goreng. Jangan masukkan ayam mentah. (I follow)
2) Kalau arahan cakap rencah kena dibancuh dengan air sebanyak 1/4 cawan, haaa...ni tricky part. Kalau cawan yang dia guna tu besar, dah semestinya air tu jadi banyak. Kalau cawan kecik, air jadi sikit. So back to the basic. Use my instinct.
3) Ayam masak merah bukanlah gulai ayam. Jadi kuah tak la banyak sangat.
4) Minum air banyak lepas makan. Aku rasa macam rencah dalam peket ni banyak guna MSG. Buncit pun buncit lah. Nanti free style kat DBI tu boleh cover balik.
5) Lepas masak, jangan enthusiastic sangat nak snap dan tunjuk kat orang yang aku dah berjaya masak ayam masak merah. Buatnya orang yang di sana tu makan nasi sejuk je, sian dia. Lagipun, bukan nya susah sangat guna rencah dalam peket untuk memasak kan. Jadi takde benda yang nak dimegahkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan