Awis kata dia tak nak masuk Medic. Sebab ramai dr nerd dan poyo.
Hahahaha.
Padan muka.
Aku faham kenapa ada orang suka nak ambik Perubatan sebagai kareer. Dan tidak kurang jugak yang tidak suka. Kerjaya dalam perubatan bukanlah hanya sekadar nak bermegah-megah dengan title Dr kat hujung nama engkau. Kena sabar. Got the right attitude. Rajin. Dan dengan niat nak menolong orang, sehinggakan kadang-kadang engkau tak de masa nak spent untuk diri sendiri dan keluarga. Ada jugak yang berharap nak jadi mewah, kononnya lah. Kalau nak jadi mewah, sila jangan ambik kerja ini ye.
Tapi yang aku tak paham kenapa mesti kau gelak besar hahahaha tu.... Kenapa gelak? Engkau nak gelakkan sapa? Gelakkan aku? Engkau patut gelak pada diri engkau sendiri dulu, sebelum engkau gelakkan orang lain.
Kenapa mesti ada padan muka? Padan muka sapa? Engkau nak kata padan muka aku ke? Memang aku sedar muka aku memang dah padan sejak dulu lagi. Mungkin la tak putih gebu macam muka girlfriend engkau sebelum ni kan. Tapi pada aku, muka aku adalah satu anugerah dari yang Satu. Dan memang dah padan sangat pun dengan aku.
Engkau tak sedar ke, yang nerd dan poyo tu lah yang merawat pesakit tak kira masa, sampai kadang-kadang tak sempat nak makan, tidur , berak. Engkau tak sedar ke yang nerd dan poyo tu jugak lah yang bakal merawat engkau, kiranya engkau terus mengamalkan cara hidup seperti naga asik nak berasap keluar dari mulut. Kan. Naga lah tu.
Aku tak marah Awis. Tu pendapat dia. Tapi aku kecik hati dengan ayat gelak besar dan padan muka tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan