Sabtu, 6 September 2014

10,000 katanya...


Program Gegar 10,000 Langkah Merdeka ini anjuran JKN Negeri Perak. Aku dapat tau pun melalui Fira, (PA Ze Bozz yang juga bau bau bacang dengan aku) pada hari Jumaat, one day before the event melalui surat yang diedarkan, suruh Ketua Jabatan/ Ketua Unit semua inform anak buah masing-masing. Tapi aku pasti, surat tu tak sampai pada orang bawahan pun...

Ok...ni beberapa komen yang tak sedap yang patut diambik perhatian:

1) Dalam surat cakap program bermula 7am, tapi masa aku sampai 7.30am, orang masih lagi baru nak register. Nasib baik start lambat...

2) Announcer cakap pukul 7.45am Pakar Kesihatan Awam akan bagi speech, tapi bila tiba waktunya, lubang hidung pakar pun tak nampak.

3) Sorang Ketua Jabatan pun aku tak nampak. Mungkin news tak sampai. Mungkin Ketua Jabatan semua sebok/ on call...sangka baik ok..

4) Melainkan Michael yang aku terserempak, takde sorang pun dari Jabatan aku yang ada kat situ...

5) Katanya 10,000 langkah..aku agak dalam 5km berjalan. Malangnya, aku rasa berjalan pun tak sempat nak berpeluh...agaknya 1 km aje kot...memang sah tak sampai 1000 langkah.

6) Takde orang yang nak menunjuk arah perjalanan 10,000 langkah tu hala ke mana, pusing ke mana. Bila tanya pada polis yang mengiring, depa pun tak tau. Agaknya penganjur tak bagitau ke awal-awal ke arah mana patut di halakan perjalanan 10,000 langkah tu?

This is a Government event, JKN is part of KKM. Program macam ni sangat baik untuk kesihatan dan menyedarkan orang betapa pentingnya bersukan untuk menjaga kesihatan. But then, the event was not planned properly. Habis budget je...

Nasib baik ada adik-adik dari KKSB Ulu Kinta dan TUDM yang kasi havoc.. Suspen je aku bila berdiri sebelah adik-adik tu masa nak warm up..hahaha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan