Jumaat, 20 Februari 2015

Dilema pokok betik

Pokok betik tu dah separa ku tetak. Hari tu lagi. Tapi sebab tak sampai hati mengenangkan buah dia banyak dan rimbunan daun yang mendatangkan keredupan di pintu bahagian dapur, tak jadi nak ku tetak sampai habis.

Tetak hangat hangat tahi ayam.

Really? Tahi ayam tu hangat ke? 

Bila aku dah siap menyapu mengemop lantai dan rasa macam nak grooming garden aku yang sekangkang gorilla (kera kecik sangat), aku terpikir, best dapat tetak habis pokok betik ni. Lagipun kalau dibiarkan, daun kering dia jatuh ke laman jiran aku, kang menyusahkan dia pulak.

Dan aku menghayun parang, tanpa berfikir panjang ke arah mana batang/buah/daun betik akan jatuh, dan tanpa mengikat tali apa-apa langsung. Zasssss....

Dari batang tengah ke batang atas, jatuh ke rumah aku.

Batang atas, buah-buah dan daun dia jatuh ke rumah jiran, terkena pokok tebu dan ada bunyi pekkk (batang tebu patah)

Cuba mengait dengan penyabit rumput, tapi dengan penyabit rumput tu jatuh sekali ke rumah jiran

Bersiap-siap ke supermarket, membeli tangga dengan harapan dapat panjat ke ground level rumah jiran aku. Punya bersusah payah memuatkan tangga tu dalam kereta (siap baringkan seat supaya tangga tu boleh duduk diam). Bila aku amati betul-betul....eish, tak sampai ni

Kepala otak aku dah terpikir, buat nya aku tergolek atas tanah sambil patah riuk.

Patah riuk takpe, paling kurang dapat pneumothorax je, boleh insert chest tube.

Buatnya patah vertebra dan hancur spinal cord aku....paralysed for life?? Oh no!!!

Talipon adik, adik kata cuba la panjat.

Talipon Nyah, dia kata tinggal je notes, bila jiran balik baru kemaskan. Tak elok menceroboh kawasan rumah orang.

Talipon Abah, haaahaha....siap kena marah lagi.

Aku ikut kata Nyah. Tawakkal aje lah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan