Jumaat, 21 Mei 2010

Kena langgar

Dah seminggu keta aku kena langgar. Dah seminggu jugak la aku pegi keja dengan myvi abah. Aku makin jadi fobia bila ada keta dekat sangat dengan bumper keta aku. Ni adalah kali kedua keta aku kena langgar dari belakang. Yang pertama masa aku drive satria dulu, tu jadi kat jalan depan masjid batu 16. Yang kedua ni pulak jadi kat PLUS highway. Time tu aku nak ke KL sebab ada meeting kat HKL. Aku dari Ipoh pukul 4.45am. Dalam pukul 7.20am, sampai kat KM 457, lebih kurang 500m dari restoran jejantas, satu savvy biru kat depan aku membrek secara mengejut, maka aku di belakang savvy pun brek juga, walaupun tak la semengejut macam savvy tu brek. Masa tu aku kat lane tengah. Keta kiri kanan memang ada. Tak beberapa saat lepas tu, ada lori kargo dari lane kiri nak tukar ke lane tengah, pegi hentam belakang keta aku. Rasa terkejut jangan cakap la. Bergegar satu kereta. Aku sorang je dalam kereta masa tu. Stop kat R&R Sg Buloh, aku tengok keta aku remuk kat bumper, bonet tak boleh buka, lampu dua dua belah dah keluar dari brecket dia. Lori tu kesan calar pun aku tak nampak! Aku ambik particular drebar lori, dia ambik particular aku. Aku kena jugak pegi meeting, walaupun masa meeting kepala aku asik teringat je peristiwa kena langgar dengan lori kargo tu. Petang aku ditemani adik aku buat report polis kat IPPD PJ. Lepas tu kami dinner di kedai mamak. Masa tengah nak menunggu makanan sampai, aku nampak sorang laki ni bertongkat nak bayar kat cashier, muka dia macam termalu malu je. Aku tak perasan apsal dia malu sangat. Dah dia berlalu jalan dari situ, baru aku nampak kaki dia ada sebelah je. Sebelah lagi dah takde. Terlintas dalam kepala otak aku, sesusah-susah aku sekarang, ada lagi orang yang lebih susah hidupnya dari hidup aku. Malam tu aku tidur rumah adik. Esoknya pegi lagi ke IPPD PJ tu nak ambik report polis. Tengahari aku dah sampai kampung. Petang tu jugak aku pegi Tian Siang Sitiawan hantar kereta tu. Rupanya TS nak hasil keputusan kes. Isnin aku pegi keja. Aku call polis, mintak depa hantarkan hasil keputusan kes kat aku. Selasa aku dah dapat. Rabu aku teman mak pegi IJN, ditemani oleh abah, sebab aku masih rasa tak kuat semangat nak drive berdua je dengan mak. Khamis baru hasil keputusan kes tu dapat dihantar ke TS.
.
Hari Rabu pagi, tu jugak, pak mertua Nyah aku passed away. Lung cancer.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan