Aku depressed sejak 2,3 hari ni. Yang utama, sebab keta aku belum siap dibaiki lagi. Bila call bengkel, memula depa cakap borang tak sampai, ada kat Tiang Siang lagi. The next day aku call, depa cakap barang baru nak order la. Next nya tu lagi aku call, depa kata barang tak sampai. Esok nya tu lagi aku call, dia kata tengah pasang, tapi tak sure bila boleh siap. Ater apeke hei nya ni Yeoppp....tension aku tau.
Sebab kedua yang membuatkan aku rasa depressed ialah pada hari Jumaat yang lepas, Kak Sag telah menyuruh aku pegi meeting wakilkan bos (mesyuarat tindakan). The next meeting, iaitu meeting kewangan dibuat di tempat yang sama. Kak Sag juga telah menyuruh aku pegi. Masalahnya Kak Sag ni, bukannya dia cakap dengan aku dia nak aku pegi meeting. Dia bantai tulis je nama aku kat call letter tu. Kemudian Mira yang pass call letter tu kat aku. Tu yang membuatkan aku bengang je rasa. Even masa Dr T dan Dr K dulu, bila diorang nak suruh aku pegi meeting, diorang akan cakap dengan aku personally. Kak Sag ni...kau dah la pengganti boss. Tak ke sepatutnya engko je Kak Sag yang pegi meeting tu?
Aku masih bengang hingga ke hari ni. Aku sound depan depan muka dia. Dia cakap dia baru, jadi tak tau. Sambil menepuk bahu aku. Ingat aku suka sangat?? Cesss...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan