Selasa, 8 Jun 2010

Update

Kak Sag masuk bilik aku dan tinggalkan komen " Hmm kemas je bilik Nurul ni, tak macam bilik saya". Aku tak pasti komen dia tu ikhlas ke tidak. Entahkan nak kata kes aku tak sebanyak kes dia ke? Aku rasa tak logik. Aku cuti ke, seminar ke, slide tu pandai je cari tempat kat pigeon hole aku dalam bilik MO tu. I do the hard way to settle my case, not the easy way. Orang lain dah sebok tunggu kat punch card tu pukul 4.55, aku pukul 5.30 baru sebok nak pegi jamban, buang air sebelum balik rumah. Esok nak kursus, petang tu aku masih dapat slide macam biasa. Tak dapat pada aku pun, slide yang kasi kat MO bagi kat aku jugak walaupun esoknya tu aku takde. Tapi kalau dia, esok nak pergi kursus, petang ni dah tak nak slide lagi dah. Aku bukan macam tu. Suka ati la depa nak kasi slide kat aku. Tu menunjukkan MO suka bagi kes kat aku sebab aku dipercayai. Hahaha....gila perasan. Pada pendapat aku, kemas atau tidak, terpulang la pada engko sendiri nak kasi kemas atau nak buat macam tempat kucing beranak. Sendiri punya suka la. Dah kalau engko memang jenis pemalas, maka selerak la bilik engko. Tapi kalau engko jenis teratur, banyak mana barang dalam bilik pun tetap nampak kemas juga. Barang memang berlambak dalam bilik aku ni. Buku aje satu rak. File mesyuarat satu rak. Meja komputer aku sendiri (bukan ofis punya, ni aku ambik dari rumah!). Rak tempat aku simpan tikar lagi. Satu lagi kabinet bawah meja tempat simpan aku punya personal apparatus. Haaa...Semua barang ada tempat dia sendiri. Bukan aku letak aje atas lantai. Tu pasal bilik aku kemas dari bilik dia. Dan aku kurang suka la bila dia masuk bilik aku. Macam ada aura yang evil.
.
Kereta aku dah pebaik dah. Keta keluar hari Sabtu minggu lepas. Hari Isnin tu pulak kena scratch dengan sebijik mercedes lama yang tak sabar nak masuk lane aku, kejadian berlaku kat Silibin, sampai aku rasa serik tak mau pegi time pasar malam sebab time tu orang sebok. Sib baik abah kesian dengan aku, kasi aku pinjam myvi dia untuk 2 hari sampai Ah Pang dah cat balik tempat yang terseneghih tu. Lain-lain, yang tak syok reverse sensor dia yang terlampau sensitif. Takde benda kat belakang pun sebok nak berbunyi. Dah rasa macam tak ori la. Kat bumper tu, tanda city buh kat kiri, vtec dia buh kat kanan (terbalik dari yang asal), yang ni aku tak heran sangat. Dan komen lagi satu ni, even before aku eksiden pun aku dah perasan benda ni iaitu steering dia macam liat. Aku cakap kat Tian Siang, dia kata dah pebaik masa aku gi service centre hari ahad lepas. Tapi bila aku drive balik, rasa liat tu tetap ada walaupun tak la seliat sebelumnya. Adakah patut aku bawak keta tu ke wokshop biasa biasa je? Kot dia boleh tengok ke? Nak bawak pun, aku rasa tunggu weekend ni la bila aku balik ke kampung. Nak bawak ke sebarang bengkel, aku takut lak kena tipu. Maklumla. Pempuan kan. Orang tengok macam aku ni budak yang senang nak kena tipu.
.
Petang semalam aku pegi tesco. Antara barang yang aku beli ialah sayur sawi. Masa cashier tu halakan plastik berisi sawi kat scanner tu, aku dah nampak ada satu family yang di depan aku sebok meletakkan barang yang diorang beli dalam beg plastik. Aku dah perasan anak pempuan dia pegang sayur sawi, tapi aku tak cakap apa pun sebab aku ingat diorang pun beli sawi jugak. Bila time aku pulak, aku double check kat beg plastik aku punya, tengok ehh....mana pulak sawi yang aku beli ni. Pempuan cashier tu cakap dia dah lalukan kat scanner tadi. Aku check lagi takde pun. Sawi tu memang tak mahal mana pun, tapi aku geram sebab pempuan kat depan aku tu tadi main ambik dan sapu je semua barang. Ingat ko je pandai masak ke? Dah tu, cashier tu mintak maaf dengan aku, aku pun senyum je la. Bukan salah cashier tu pun, salah pempuan kat depan aku tu, dan anak-anak dia. In the end, tesco refund balik duit yang aku beli sawi tu. Moral of the story, next time bila aku membeli barang, kat supermarket ke mana ke, aku sepatutnya berdiri di hujung kaunter tu dan tengok satu persatu benda yang dia dah lalukan pada scanner, dan make sure orang sebelum dan selepas aku tak tersilap ambik barang yang bukan depa punya. Dan make sure aku pun sama tak terambik barang orang lain yang bukan aku punya.
.
Dah laa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan