Selasa, 4 Mei 2010

Kerja mengecat dan bakar membakar


Isnin dan Selasa aku cuti, jadi aku tak pergi kerja. Aku duduk aje kat rumah. Tapi Isnin tu aku pegi jugak ke ofis dalam pukul 11 pagi, sebab nak ambik antibiotik untuk Abah yang bengkak kat jari dia tu tak baik lagi lepas kena duri kelapa sawit hari tu. Awal paginya tu, lebih kurang pukul 7 pagi, selepas breakfast, aku mengecat gate belakang pulak. Hari tu gate depan dah cat kan, ni yang belakang pun aku nak cat sama, sebab dah berkarat. Aku lapik dengan suratkabar lama kat bawah, supaya cat tu tak menitik dan supaya tak comot simen bawah tu. Dah habis mengecat, aku pun kemas semua barang, kertas suratkabar tu aku maleh nak buh balik dalam tong sampah kat dalam rumah, sebab ada tanda cat basah. Maka aku keluar sikit dari gate tu, belakang rumah aku ada padang. Ada rumput-rumput kering kat padang, sebab kengkadang ada kelin potong rumput, tapi dia longgokkan aje rumput tu, dia tak bakar atau pun buang kat tempat lain. Kat tepi tu, aku telah menyalakan api kat kertas suratkabar....dan api dari kecik bertukar menjadi besar..dari sisi padang dah mula ke tengah padang...asap tadi sikit jadi asap bergumpal-gumpal di udara. Ada sorang jiran aku tu, siap bawak baldi 4,5 kali simbah air kat api tu, mungkin sebab tak nak asap, ataupun takut api tu merebak susah nak kawal. Sementara aku jadi tikus duduk diam-diam dalam rumah. Dalam hati aku takut sebab aku dah menyusahkan orang. Takut ada lak Jabatan Alam Sekitar dan orang asli ke apa datang denda aku kang...naya je...ada dekat setengah jam jugak, baru api tu reda.
..
Dipendekkan cerita, sila lihat gambar kat atas tu je la untuk melihat hasil kerja tangan aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan