Isnin, 18 Oktober 2010

Sabah aku datang!

Penat hari ni kena present depan boss dan warga kerja sama department dari seluruh negeri. Boss aku tak reti nak menunjukkan apresiasi pada orang bawahan, malah tak reti nak mengucapkan terimakasih ke apa. Walhal aku ada email dia sebelum tu, tanya ada tak apa-apa benda dia nak highlight, tapi dia tak reply pun.

Lepas ofis, aku memandu selama 4 jam untuk sampai ke KL. Terus ke rumah adik aku, the only free hotel aku kat KL ni. KL ni transit je. Esok aku ke Sabah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan