Rabu, 6 Oktober 2010

Rasa macam alien

Aku pegi wedding reception anak Pengarah last weekend. Mungkin sebab nak merasa pegi reception orang orang kaya ni, maklumlah, biasanya aku pegi kenduri kawin bila mak ajak aku pegi kenduri kat kampung-kampung. Mana ada style kenduri dalam dewan ni. Wedding reception tu hari Jumaat, malam. Pukul 7.50pm, aku berjaya meletakkan kereta aku kat parking basement. Aku duduk jap dalam kereta, memerhatikan gelagat orang yang berpusu-pusu naik ke tingkat atas. Bila satu group ni sampai, ramai perempuan umur 40 plus, aku pun join depa. Aku memaniskan muka tanya, datang dari mana. Depa datang dari KK. Oooo...maksudnya wedding reception ni Pengarah jemput seluruh warga kerja negeri la ye. Ingatkan orang Ipoh aje. Tiba kat ruang legar, orang yang berpusu-pusu tu menuju satu meja, kat meja tu ada 4 orang petugas yang ditugaskan untuk menentukan tempat duduk orang yang datang. Oooo...seated number ye. Hmm..patut pun. Buatnya aku tersilap pegi duduk satu meja dengan super VIP, tak kenyang aku makan. Aku pun berbaris sama, nak tengok seat aku kat mana. Memang kelam kabut sikit lah, sebab ada beberapa makcik ni potong barisan. Tapi aku diamkan aje la. Aku malas nak buat scene. Bila aku dah dapat seat kat mana, meja kat mana, aku pun masuk dewan. Tengok-tengok Ze Bozz duduk satu meja dengan aku. Ada dua orang geng farmasi yang semeja, tapi aku tak kenal. Sementara menunggu tetamu yang lain, aku duduk sambil makan kacang. Nak bersembang dengan 2 orang farmasi tu(sorang lelaki melayu, sorang pempuan india), tapi jauh pulak. Sebelah orang farmasi, Ze Bozz duduk. Aku salam tangan Ze Bozz. Dia tanya aku pegi conference kulit ke tak? Aku cakap aku pegi. Dalam hati, aku harap Ze Bozz tak pegi la, walaupun di luar nya aku cakap jom la Ze Bozz. Ze Bozz tanya aku naik Air Asia ke MAS? Apa tujuan dia tanya, tak tau lah. Mungkin dia ingat aku tak mampu naik MAS kot, walhal tiket aku dah beli sebelum cuti merdeka lagi 2 bulan sudah. Sebelah Ze Bozz ialah suami Ze Bozz. Aku duduk di sebelah suami Ze Bozz. Ze Bozz sebok ke hulu ke hilir carik geng dia. Aku mati kutu nak sembang dengan suami Ze Bozz. Mungkin suami Ze Bozz pun paham aku dah mati kutu, dia pun cabut cari geng dia. Tak lama lepas tu, 3 orang lelaki yang datang dari ortho dept datang, 2 darinya aku kenal, Sarip dengan Nua. Masing-masing bawak isteri.. Tempat duduk di sebelah orang farmasi tadi, 3 orang lelaki ortho ni duduk sebelah menyebelah, pempuan-pempuan ni duduk sebelah salah sorang lelaki ortho dan sebelah aku. Seat tinggal 5 je, tapi yang datang nya 6 lagi. Salah satu dari couple ni (Sarip- mamat ni satu batch dengan aku kat U dulu) patutnya duduk di meja lain, tapi dia tak nak sebab, jadi dia join meja aku. Entah mana Sarip tarik satu extra kerusi. Nak dijadikan cerita, pempuan-pempuan ni sembang sama-sama diorang aje. Aku try nak join the gang, tapi aku tengok macam tak masuk. Sarip tanya aku datang sorang ke? Aku cakap ha'ah. Dia tanya aku pasal cousin aku yang datang ke clinic hari tu. Aku cakap dia kena refer ke KL. Serentak dengan tu, aku tengok pempuan-pempuan ni macam terdiam jap. Mungkin diorang tak percaya dengan suara aku yang tak berapa nak lembut tu boleh keluar dari kelibat pempuan berkebaya coklat tapi bukan perempuan melayu yang terakhir. Haaaa. Tapi lepas tu aku tengok pempuan 3 orang sambung balik sembang sesama diorang je. Nua agaknya perasan aku macam takde geng, cakap dengan wife dia (salah sorang dari pempuan bertiga tu tadi), aku keja kat tempat yang sama dengan diorang, walaupun berlainan department. Baru lah wife dia start nak sembang dengan aku. Siap offer aku cabut gigi kat clinic dia. Tu aku rasa nak tergelak tu. Aku cabut gigi takla, tapi mungkin aku berminat nak scaling. Sebelah wife Nua, aku agak wife Sarip. Sebab baju depa sedondon. Vertically challenged, macam Sarip jugak. Nampak macam pregnant. Start dari dia duduk, sampai ke last tu aku nampak dia cuma bersembang dengan 2 orang tu je la. Takde pun mengalihkan muka pada aku nak sembang-sembang ke. Malah aku tengok muka dia macam masam je. Mungkin silap aku kot sebab Sarip tegur aku tadi? Tapi aku takde gedik-gedik pun. Yang sorang lagi, yang duduk betul betul sebelah aku ni, ada la keluar 2,3 kali ayat sembang dengan dia. Aku sangat la rasa out of place nya, sangat sangat alienated. Rasa menyesal pun ada sebab tak cari geng dari awal. Main belasah masuk majlis gitu hal je. Tapi tak mengapa. Ni pengalaman aku. Dah pengantin bersanding, ada acara nyanyi-nyanyi. Tiba time makan. Ada sekali tu Ze Bozz hulurkan kuih bingka kat aku, aku pun selamba je ambik kuih tu. Aku tengok lepas tu suami Ze Bozz ambik pinggan tu dan letak kat meja. Laaa...rupanya Ze Bozz nak suruh aku letakkan pinggan tu kat meja la ye, bukan suruh aku ambik kuih tu seolah-olah macam Ze Bozz nak layan aku. He he he...Ada persembahan tarian, ucapan nasihat dari Pengarah untuk anak dia. Time tu aku tak kesah sangat dah. At least ada la orang atas pentas tu yang nak entertain aku. Pukul 10 malam, aku dah rasa mengantuk, ada pulak acara joget lambak kat pentas. Ni masa yang aku tunggu-tunggu nak melarikan diri. Start aje depa berjoget lambak, aku pun bangun dari kerusi. Serentak dengan tu aku tengok ramai lagi yang bangun sebab dah tak larat agaknya. MC siap announce jangan balik lagi. Memang aku rasa macam tak sopan sikit sebab meninggalkan majlis macam tu. Tapi disebabkan rasa macam out of place, dengan mengantuknya, dengan kerenah 3 orang pempuan kat meja aku tu, maka aku lajukan langkah aku menuju ke kereta dan apa lagi balik rumah la tidur! Serik aku nak pegi lagi ke majlis macam tu kalau takde kawan. Tak duduk semeja dengan super VIP pun, tapi aku tetap rasa macam alien!

1 ulasan:

  1. hahaaha... biasanya Chinese wedding yang atur meja ni. Wedding Melayu selalu free seating. Memang nasib la, hahaha

    BalasPadam