Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Tahun 2013 membawa seribu satu makna kepada aku kerana dalam tahun tersebut aku telah...(in chronological order)

Mac: Berjaya menamatkan larian 6.8km Larian Mesra HRPB walaupun agak terkebelakang sikit dari boss aku yang lebih berumur dari aku. Dapat nombor 3 untuk kategori wanita 40 - 50. 

Mei: Berjaya mendaki Gunung Kinabalu hingga ke Low's Peak. Aku sangat sangat terhutang budi dengan Adik especially masa bab nak turun gunung. Walaupun adik tak mendaki sampai puncak, tapi disebabkan dia tak mendaki sampai ke puncak lah kaki nya tak sesakit kaki aku masa nak turun. Dia yang memapah aku dari pertengahan jalan nak turun sampai ke Kinabalu Park. You are truly my hero, Nurul Hidayah!!!

June: Holiday ke Pulau Sibu dengan kawan-kawan yang sama sekepala dengan aku. Snorkeling sampai hitam legam.

Julai: Berjaya menamatkan larian 10km dan dapat nombor 99 untuk kategori wanita veteran.

September: Menamatkan jalan kaki Memory Walk anjuran UniKL bersama-sama dengan adik aku yang single macam aku.

Oktober: Menamatkan Walkathon Walk for Hope sempena minggu kesedaran menderma organ anjuran HRPB.

Menganjurkan Pathology Nite bersama sama dengan kroni aku yang sangat best, dengan jayanya, dengan penat lelah walaupun pada mulanya mendapat kecaman yang hebat dari beberapa anasir anasir yang subversif di department aku...

Disember: Walaupun aku tak jadi juara tapi aku berjaya menonjolkan bakat aku dalam Hospital Idol 2. Adik came all the way from Cheras with Izan nak bagi moral support. Siap bagi ubat untuk tekak aku yang sakit ( the day before event I was down with sore throat and fever)

Aku rasa tahun 2013 lah yang paling best dan tak mungkin akan ada lagi tahun tahun yang best macam 2013. Aku harap aku silap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan