Isnin, 6 Mei 2013

Hari pertama: Kinabalu, here we comes!

Dari rumah adik, Izan hantar kami ke airport. Kami subuh di surau KLIA. Aku berdoa semoga perjalanan selamat, naik gunung selamat, turun gunung selamat, balik ke Tanah Melayu pun selamat. Pukul 7.30am flight bergerak ke Kota Kinabalu. Sampai lebih kurang pukul 10.15 pagi di KK.

Setiba di KK, kami dibawa dengan van terus ke Kundasang. Singgah di Poring Hot Spring. Orang lain tak mau makan, tapi adik dengan aku makan nasi goreng sebab kami lapar sangat walaupun harga makanan agak mahal. Beli air mineral siap-siap untuk bawak naik gunung esok.

Check in Pines Resort. Bilik tak perlu air cond. Memang sejuk. Tempat sesuai untuk honeymoon. Kekeke. Mengadap Gunung Kinabalu. Aku share dengan adik. Lewat petang, briefing oleh Mr Justin, the microbiology officer Queen E. Mula-mula ingat nak panjat melalui Mesilau. Tapi tukar fikiran, naik ikut Timpohon. 

After dinner, rehat. Kami kemas beg. Back pack untuk porter. Beg besar untuk tinggal di Kinabalu Park. Napsack sendiri bawak.

Dalam back pack: Baju nak naik gunung. 1 light weight pants. Dalaman. Telekung. Toiletries. Baju sejuk dengan hood. Head lamp dah siap bateri. Stokin. Pain killer. Mineral water. Chocolate. Kacang. Kurma. Energy bar.

Napsack: Purse aku. Handphone siap charge. Makanan. Pain killer spray. Bottled water yang macam askar siap dengan tali pinggang wahh macam komando pulak aku ni...

Beg besar: barang-barang lain lah.

Malam ni aku tercirit. Akibat makan augmentin. Adik syok berdengko. Ya Allah, kau permudahkan lah perjalanan kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan