Rabu, 19 November 2014

Agen Cirit

Bahan-bahan:

Buah mempelam muda 
Gula
Garam
Asam boi 1 kampit (aku guna warna kelabu)
Orang lain bubuh cili padi, aku tak suka, nanti berak rasa pedas...


Cara-cara:

Buah mempelam dikupas kulitnya, dibasuh jangan tak basuh.
Potong ikut suka. Tos.
Lumurkan dengan gula dan garam.
You will notice the osmotic effect will take place i.e air buah tu akan keluar dan menyebabkan seolah-olah dua cawan air ditambah, tapi sebenarnya dalam resepi tak ada pun air ok.
Humbankan asam boi ke dalam campuran buah, gula, garam.
Simpan dalam peti ais seberapa kejap lah 
Ngapp (biasanya tak sempat nak simpan lama pun dalam peti ais)

Jangan makan banyak sangat. Ia adalah agen cirit yang berkesan pada diriku... Kerana diriku begitu berharga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan