Event held at Taman Botani Negara Shah Alam. Warm ups at 7.30am. All the runners were released at 7.50am. This was the first ever running event that allows the runners to choose either 5K or 10K. Semua dapat medal dan sijil penyertaan, jangan risau. Tak perlu ada nombor larian. But once you had passed the intersection either 5 or 10, dah separuh jalan tak boleh suka ati lagi nak tukar ye. Masa aku sampai kat simpang pemisah tu, macam terpikir nak lalu kat 5K, lagi cepat sampai dari Adik nanti boleh aku eksyen kat dia hehehe tapi tiba-tiba ternampak seorang Ahso yang dah beruban lalu ikut 10K, maka semangat ku makin berkobar-kobar untuk mengikut laluan yang lebih jauh. Tak apa. Sampai lambat pun lambat lah, I'm going to take up the challenge.
Berlari di Taman Botani, walaupun laluan yang agak berbukit, tetapi tidak meletihkan memandangkan banyak sumber oksigen, tidak panas kerana pokok di kiri kanan, laluan yang tidak sempit. Akak pun tidak lah semput sangat. And yes, the water stations are ample. 4 water stations for 10K, 2 stations for 5K. Took only 1 power gel at the last water station. Sebab rasa macam tak sedar-sedar aje dah sampai ke water station yang terakhir. Safely arrived the finishing line at 9.10am.
Goody bag - vouchers, vouchers, choc chip cookies, one drop perfume, BMI calculator, notebook. Berbaloi la dengan rega $65 tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan