Aku dah menapak ke ACC awal pagi tadi dengan harapan nak menghadiri CME. Tengok-tengok hari ni bukan CME, tapi perhimpunan. Ramai pulak makcik-makcik misi baju biru berdiri di tepi pintu sehingga ke tangga. Jadi menimbulkan rasa tak selesa pada aku sendiri. Kalau makcik-makcik misi tu tak ada, harus aku pun duduk aje di tangga tu sambil mendengar apa amanat Pengarah. Makcik-makcik misi tu harus lah nak pot pet pot pet sambil handfon berdering bunyi lagu Justin Bieber (JB) aku tak tahan mendengornya Jemah oooiiiii
Bercakap pasal JB, dalam kelas gitar aku baru-baru ni, aku dengan NF belajar lagu Love Yourself. Seperti biasa hari Khamis esoknya tu NF tanya,
NF: Eh Dr, semalam belajar lagu apa? (dasar kepochee)
NB: Lagu JB tu lah
NF: Sedap kan lagu tu..
NB: Haah, senang aje sebab tak banyak tukar string.Cuma tukar fret aje.
(dalam hati aku, haah, senang, tak challenging langsung, mana janji Yen nak ajar lagu To Be With You Mr BIG aku ni haaaa)
NF: Lagu macam ni la saya suka. Actually student yang request lagu tu. Baru ada mood nak belajar. Ni asik lagu lama aje.
NB: Haah, tapi saya tak minat JB. Jiwa saya rockk. Hehehe
Apa pun, aku patut bersyukur belajar lagu yang cuma tukar fret tak tukar string kerana Isnin Selasa depan aku berkursus. Jadi kalau aku penat takde masa nak berlatih, tak ada lah Yen tarik muka moncong depan aku nanti. Hehehehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan