Khamis, 2 Februari 2017

Samosa

Janji mau datang pukul 6 petang. Bergegas aku balik sebab takut dia menunggu lama depan pagar. Tunggu punya tunggu sampai 6 setengah, tak nampak batang hidung. Aku call, tak berjawap. Haishh....patut aku keluar aje training petang ni. Janji melayu memang gini lah ye. 

Aku benci bila orang cakap "Janji Melayu"....sebab aku melayu. Dan term "janji melayu" tu memang sesuatu yang tak elok sebab lambat, tak tepati masa dan tah hape hape. Dalam hati aku terdetak, eishhh ni alamat tak baik kot? At the same time, I try my best not to buruk sangka. Maybe he's having car break down somewhere..

Pukul 7.30pm, katanya tersesat. 

Dalam hati aku kata " Haaa...padan muka kau. Aku call, tak mau jawap. Dah malam kau baru call balik"

Ada hati juga nak datang. Sebab katanya alang-alang dah sampai (ke taman aku tu), baik terus cari.

Memang kau sampai la. Di waktu aku dah menyarung telekung sebab dah pukul 7.50pm, maghrib pun dah nak habis ni.  Check atas bawah. Belakang $200. Depan $700- 1000.

Next ...Saturday morning 8am. We'll see.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan