Baru balik dari kampung petang tadi.
.
Hari Ahad pegi Parit Buntar dengan adik, kenduri kawin anak staf nurse (actually ex staff nurse, sebab dia ambik pencen secara optional). Jumpa dengan Kak Nab, dia tanya saya ingat lagi tak nama dia. Saya tak nak malukan dia, jadi saya cakap, saya tak ingat nama dia, tapi saya ingat dia bawak kereta BMW. Haaa.....bab mengingat nama orang ni payah, tapi bab ingat sesuatu yang berkaitan dengan orang tu lagi senang. Tambah lak keta mahal kan...
.
Balik dari Parit Buntar, singgah rumah kejap, kemudian keluar balik lepas asar sebab nak cari ikan bilis kengkawan adik kirim. Memula abah kata kedai mungkin tak bukak, sebab cina masih raya. Tengok-tengok kedai bukak! Bukan aje kedai anak dia, malah kedai bapak dia seberang jalan pun dua dua bukak. Adik beli ikan bilis seberat 8 kilogram yang tak berkopek, dan 1 kilo yang berkopek. Haaa...ada sampai $200 lebih kena bayar.
.
Hari Isnin pulak pegi Sri Manjung. Sebab tak nak bersusah payah masak untuk lunch. Mak dengan abah pegi kenduri kawin. Balik je mak dari kenduri kawin, saya, adik dan mak (pun nak ikut gak...) pegi makan tengahari kat kedai kopi yang tak berapa mahal. Saya makan asam laksa, adik makan mi udang, mak makan aiskrim. Lepas tu, kami singgah di supermarket Gergasi sebab mak nak cari pek kopi 3 dalam satu. Perut saya tak berapa sedap agaknya asam laksa tu termasam sikit, maka saya telah membuang hampas perut kat tandas kat supermarket Gergasi. Yang tak best...takde sabun nak basuh tangan.
.
Kerana lama sangat duduk membuat kerja mengopek ikan bilis, maka pada malamnya tu, saya perasan kaki saya bengkak. Dua dua belah. Dalam hati dah risau, eiiii....aku pun sakit jugak ke ni?? Mungkin venous return saya tidak bagus. Jadi saya telah menelan sebijik frusemide 40mg pada pukul 9 malam. Pukul 10 malam ok lagi. Tiba time nak tidur pukul 11. Pukul 12 malam aktiviti rally pergi ke toilet bermula. Ada dalam 6 kali kot . Seksa!
.
Pagi Selasa, adik dan saya pegi ke pantai teluk batik. Kena charge singgit. Selalu tu tak kena pun. Dah la kena charge, tetiba tengok pantai punya la kotor. Sampai kan takde tempat yang betul bersih nak letak tikar. Sungguh memalukan. Mandi laut sampai kena sting dengan jelly fish. Mungkin sebab waktu tu air surut.
.
Itu lah cerita hujung minggu yang panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan