Isnin, 1 Februari 2010

Weekend saya

Adik datang Ipoh Jumaat lepas. Macam yang dah saya janji dengan dia, kami pegi makan kat Kinta City dulu sebelum balik rumah supaya tak payah le nak masak pulak bila dah tiba rumah. Lepas makan round round. Ada pulak pertunjukan akrobatik dari Shanghai. Perghh...badan dia main lipat-lipat. Esok Sabtu tengahari tu mak dengan abah pulak datang, saya dah janji nak belanja lunch. On the way nak pegi Greentown, ingatkan nak elak orang berarak sempena Thaipusam, rupa-rupanya terperangkap jugak dalam kesesakan orang ramai kat area klinik ibu mengandung tu. Dekat nak 45 minit jugak la perjalanan yang biasanya 20 minit aje. Sampai kat restoren, order daging masak hitam, ayam goreng bumbu, sayur campur dengan sotong goreng. Makan bertambah. Lepas tu pegi rumah Nyah. Nyah demam rupanya. Mak dan abah balik ke kampung hari yang sama. Malamnya saya dengan adik pegi supermarket cari file adik. Ahad baru adik balik.
.
Kenapa lah rasa macam malas semacam je ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan