Weekend yang lepas, adik pulak merajuk. Sebab plan nak makan tengahari kat restoren simpang tiga tak jadi. Satu lagi dia merajuk sebab mak tanya bila dia nak balik semula ke KL? Then adik cakap "Macam nak adik balik awal je". Dah pulakkk.....eiii...mak tanya tu sebab dia nak make sure la barang semua kemas, dia sempat masak untuk bekalan apa. Bukannya nak suruh adik tu balik awal. Eiiii....entah apa pasal budak tu sensitif sangat. Sampai dia tertinggal salah satu dari paket ikan bilis yang dah siap dikopek. Haa...tu la...merajuk lagi. Kengkadang aku sendiri pun tak paham apa la nak jadi dengan adik beradik aku ni. Uh uh....haaa...sekarang nak tukar trend la pulak. Dari saya menjadi aku. Macam lembut sangat je saya saya ni. Hehehe....
.
Alkisahnya, dah adik balik ke KL hari Sabtu tu. Tinggal le aku bertiga dengan mak dengan abah kat kampung. Awal pagi mak masak nasi lemak. Aku tolong giling cabai kering. Memula tu plan abah nak bawak mak pegi ke Teluk Senangin, sebab nak tengok tanah. Jadi aku pun siap kemas barang nak ciao balik Ipoh. Lagipun member pest control cakap nak datang sembur racun. Jadi kalau aku balik awal sikit, sempat le membuang sawang, menyapu sampah, basuh bilik air sebelum dia sembur racun. Tengok-tengok plan mak dengan abah nak ke Teluk Senangin tu tak jadi. Disebabkan aku dah ada plan sendiri, maka aku start the engine dan terus balik ke Ipoh.
.
Bila aku sampai kat depan rumah, aku tengok wah wahh...jiran aku yang baru tu dah tukar kereta. Aritu aku tengok Perdana V6, ni dah jadi Kamri le pulak. Pergghh...ada la seskit aku rasa jaki kan, tapi hmmm...tak nak la dengki. Lagipun aku sure, kereta tu company dia punya, bukan sendiri punya. Hahh...at least kereta aku, sendiri punya. Rumah sendiri punya. Dia rumah sewa, kereta company punya, perabut pun company punya. Bukan hak sendiri. Hahaha....eiii...gila jahat aku. Err...pinggan yang aku bawak kan kek pada Kak Piah tu, bila Kak Piah nak bagi balik ni? Jangan dia buat pinggan hak sendiri punya dah la.
.
So petang tu aku goreng keropok. Aku ingat nak jamu keropok je pada member pest control tu. Air soya dalam kotak aku dah siap masuk dalam fridge. Tunggu punya tunggu, idak jugak member tu datang. Dah azan magrib, aku solat. Baru dia tiba, sekali dengan member budak mrsm sorang lagi dengan isteri dia (pengantin baru depa ni). Member pest control tu bawak isteri dia dengan anak lelaki dia yang kecik sekali. Aku perasan isteri kepada member pest control ni...macam baya baya kakak aku je. Mungkin sebab dia pernah beranak 7 kali, walhal aku beranak pun tak pernah, buat anak pun tak pernah. Sib baik aku dapat menahan mulut aku yang suka berterus terang ni dari memanggil dia "Kakak". Pesal lak aku nak panggil dia kakak kan, sebab member pest control tu sebaya aku. Walaupun wife dia nampak berumur, tapi bergaya la. Dengan legging nya, kasut tumit tinggi, tudung ikat lilit yang aku sendiri tak tau nak buat, make up segala. Dari segi make up dan dressing, memang aku kalah le. Aku jamu la diorang dengan air kotak tu. Tak sempat le aku nak hidang dinner untuk diorang. Sebab aku sayang dapur aku dah berlap berkilat gemilang terbilang dan menciutkan. Lepas sembur racun, minum ala kadar, depa pun gerak meneruskan perjalanan.
.
Kengkadang aku fikir, ada hikmahnya aku hidup bujang gini. Bila aku rasa nak masak, aku masak. Bila aku malas, aku makan je apa yang ada. Kalau dah berlaki, kena masak la. Kena basuh baju laki. Kena lipat baju. Part melipat baju tu aku slow sikit, kalau boleh semua benda aku nak gantung je kat hanger. Tak nak lipat-lipat. Tapi bab masak tu, kalau sedap aku bedal semua. Kalau tak sedap, aku nak bagi kat siapa???
.
Isnin aku datang kerja dengan rasa yang sengal. Sebab tangan aku rasa penat mengemop lantai dan membuang sampah habuk semua. Aku dengar cerita dari Katy, ada dua tiga orang MO aku yang dah beli swimming suit sebab nak belajar berenang kat Jalan Kuala Kangsar tu. Oooo....tu mesti nak ikut jejak langkah aku le tu. Harap-harapnya aku tak terserempak la dengan diorang tu kalau aku pegi pool DBI nanti. Sebab aku berenang dengan gaya sendiri, bukan ikut gaya skema atau pun gaya biasa orang lain.
.
Yeop call aku pagi Isnin tu, bagitau Yong dah selamat melahirkan anak ke 6. Anak lelaki. Alhamdulillah. Selamat. Aku dah ada 9 orang anak sedara lelaki, 4 anak sedara pempuan. Cukup sangat nak buat perlawanan persahabatan bola sepak, tak pun lawan ragbi. Kalau tak pun, cukup la korum gotong royong nak membersihkan kawasan rumah mak dengan abah kat kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan