KAK ROS
Tadi Kak Ros masuk bilik aku dan belek pokok keladi yang aku letak kat atas rak buku tu. Dia tanya, “ Pokok apa yang cantik ni?”
Aku cakap”Pokok keladi, gatal tu, jangan pegang!”
Yang sebenarnya, tak la gatal sangat pun. In fact, masa aku bawak keladi tu ke ofis hari tu, aku pegang dengan tangan, takde balut dengan beg plastic pun.
Aku tak suka dipegang. Aku jugak tak suka barang aku kena pegang.
..................................................................................................................................................................
Kak Ros keluar dari toilet, dan bila dia nampak aku, dia tanya” Dr ke yang letak post kat microwave tu?”
Dengan confident dan tanpa rasa takut, aku pun cakap “ Ye. Saya yang letak. Kenapa?”
Kak Ros cakap, “ Haa...takpa la. Ada orang cakap Kak Ros yang letak. Lega hati Kak Ros”.
Aku senyum je. Memang benda-benda kontroversi tentang kebersihan orang selalu ingat Kak Ros je. Sebab dia macam uztazah + pengawas sekolah yang tak disukai sebab strict sangat.
Alkisah, ketika waktu lunch, aku tak ingat bila, aku perasan MrsBootlicker reheat makanan dalam bekas Tipuware, siap dengan tutup. Orang kalau reheat, penutup bekas tu jangan diletak, supaya makanan panas dan tak bersembur keluar. Ini tak! MrsBootlicker macam nak sorok sesuatu dalam tipuware dia. Aku tanya, apasal tak remove the lid? Dia cakap takut makanan tu terpercik. Aku intai intai, tengok macam daging, tapi tak la aku tanya detail dengan dia. Sah! Mesti benda haram tu yang dia reheat.
Maka dengan itu, aku letak satu post note kat microwave “ Strictly No Pork, Please”.
Aku tau, Kak Ros tak sampai hati nak letak post note macam tu. Mesti dia nak jaga hati MrsBootlicker sama kan. Dan mesti Kak Ros lega aku dah ambik alih tempat dia sebagai pengawas sekolah.
.............................................................................................................................................................
MRS BOOTLICKER
Haha...aku dah tak reti lagi nak jaga hati dia. Sebab dia sakitkan hati aku hari tu.
Alkisah tentang MrsBootlicker yang menyakitkan hati aku.
1) Dia jadi pengerusi CME Jabatan petang tu. Dia ketuk bilik aku dan suruh aku ajak staf Saito menghadirkan diri ke CME. Ayatnya macam ni, “ Dr, tolong panggil orang Saito datang CME”. Ewaahh...banyak cantik suruh aku pulak yang panggil staf Saito ke CME. Siapa kau tu yang nak suruh aku? Tak tengok banyak benda tak setel atas meja aku? Staf Saito pun tau, setiap petang Khamis ada CME. Tak payah kau nak pandai-pandai remind diorang.
2) Kelab Singa datang ke department bagi buah limau dan durian sempena raya diorang. Buah limau tu tak berbau, jadi aku tak kesah. Tapi durian tu, mak aaaiii baunya sampai memenuhi setiap ruang. Zai panggil aku dengan Kak Sally, makan durian. Zai ni satu hal, dia panggil aku, tapi dia sendiri macam terintai-intai kat luar pantry tu. Aku dengan Kak Sally, pantang kena panggil. Aku Nampak sebijik durian ni, macam dah nganga sikit kat kulit tu, kuis sikit je dengan pisau, kulit dia dah terbukak. Maka aku dengan Kak Sally pun ngap aje le. Isi boleh tahan juga. Tak habis satu ulas pun lagi durian tu, MrsBootlicker datang ingatkan kami dengan ayat gini “ Bos cakap kupas semua durian, nanti kita sama-sama makan, jangan makan sekarang”. Amboi....sejak bila pulak nak tunggu makan sama-sama dengan bos ni... Masa tu Ze Bozz pergi meeting. Balik je dia dari meeting, diorang makan durian tu. Takde pulak MrsBootlicker ajak whole department makan?Sama-sama makan konon....cesss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan