Hari kedua aku di Kuching. Breakfast time, aku macam tak dilayan je dek pelayan tu. Kat meja-meja mat saleh, cepat je pelayan tu nak tuang kopi. Sampaikan ada sorang mat saleh tu, cawan dia penuh dengan kopi pun, masih pelayan tu tanya nak kopi ke tak. Sedangkan aku yang dah makan dekat nak 15 minit tu, takde sorang pun pelayan tu tanya aku nak kopi ke tak. Aku paham la, selain dari mat saleh tu, ada jugak rombongan dari kementerian dalam negeri yang bersidai kat Hotel H tu. Memang meja kat situ almost full. Lastnya aku pergi cari meja tempat kopi tu dan aku tuang sendiri. Haa..aku merajuk la macam ni. Memang la ramai orang yang nak dilayan kan, tapi tak ke kau patut layan semua orang secara adil dan saksama? Apsal mat saleh tu jugak yang nak kau lebih lebihkan? Kentut diorang wangi ke dari kentut aku??
Lepas breakfast, aku berenti kat Level 3, nak menyesuaikan diri dengan persekitaran. Kat Level 3 ni la pool dia. Ada bahagian yang dalam 2 meter (ni anak pakcik Renong mungkin boleh prektis diving kat sini), dan ada bahagian 1.3meter depth. Aku jumpa dengan seorang pakcik kat Matang cafe dekat pool tu, mungkin umur dekat nak 60 kot, berdasarkan kedut-kedut di muka dan uban kat rambut dia. Jiniam nama pakcik ni. Aku tanya macam mana nak cari terubuk masin. Dia pun ambik nombor phone aku, dia janji nak introduce aku dengan sorang kawan dia yang bawak teksi. Sambil sambil tu, dia cakap kalau nak renang hati-hati, jangan pergi tempat dalam. Jangan berenang kalau ada petir, bahaya. Huwahh...macam pakcik sendiri pulak aku rasa.
Pukul 8, aku berjalan kaki ke Hotel P. Dekat je, aku agak mungkin ambik masa 10 minit kalau berjalan kaki biasa, 5 minit kalau berlari. Aku takkan la nak lari kan, kang ketiak basah, malu pulak. Sampai kat conference venue pukul 8.30am. Dan conference pun mulaaaa. This is basically a refresher course on gut pathology, by a professor from UK. Tiap kali kalau dapat colon biopsy to rule out inflammatory bowel disease, aku memang menyampah la kalau dapat sampai 6 biopsi sekaligus yang semuanya nampak macam normal je. Bila aku dah datang conference ni, sekurang kurangnya minda aku terbukak la sikit nak mengassess colon biopsy. Conference habis pukul 5. Hujan renyai-renyai masa aku berjalan ke Hotel H tu. Bila dah tukar baju, aku tengok hujan dah stop, dan apa lagi aku pun terjun dalam kolam. Errr...tiap kali aku swim in, aku rasa bunyi water filter kolam tu kuat sangat, macam berombak-ombak pulak. Cukup la 45 minit je. Takut pulak sorang-sorang kat pool. Pakcik Jiniam tadi dah habis shif kerja dia, aku rasa. Aku keluar jap, berjalan depan hotel tu, ada kedai jual barang souvenir. Kemudian aku cari food for dinner. Kawan aku Cheni dah balik Semenanjung petang ni jugak.
Pakcik Jiniam sms, dia cakap esok kawan dia akan tunggu aku pukul 8, kat lobi, nak bawak ke Pasar Satok.
Aku call anak makcik Nurjannah banyak kali, tak jawap. Aku sms, dia buat dono je. Katanya dia di luar negara. Ye, baru teringat, kan ke tiap kali kalau dia pergi oversea, alasan yang sama iaitu phone dia sentiasa je over the credit limit kan...Ya Tuhan, luputkan la dia dari ingatan aku buat sekejap aje, semoga senang aku tidur malam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan