Pada hari ini di pagi yang hening tidak ku sangka sama sekali akan meninggalkan kesan trauma yang berpanjangan...
Mulanya aku keluar rumah untuk berjoging.
Kemudian basuh kereta di porch kereta.
Kemudian aku nampak jiran sebelah baru pindah, sebok mengelap gril. Jadi aku pun terasa gatal sama nak lap gril aku memandangkan aku tak pernah buat kerja lap gril ni. Tu pasal gril aku berhabuk. Jadi aku lap gril sambil duduk lagi kat atas simen, betul-betul kat depan muncung kereta yang aku letak kat porch.
Gril aku nampak bersih. Jadi aku nak tukar langsir sliding door. Sebelum tukar langsir, aku lap dulu landasan sliding door tu. Dah lap, nak kasi kering, jadi aku bukak gril kat luar. Biarkan landasan tu kering. Pintu kayu kat sebelah tu pun aku ngangakan juga. Senang nak keluar masuk rumah kan..
Dah kering landasan sliding door, aku tutup dan kunci gril. Aku tutup sliding door. Masuk dalam rumah. Aku tutup pintu kayu. Tukar langsir pulak.
Langsir dah siap gantung. Aku betulkan sikit lipatan kat langsir tu. Duduk sambil menikmati langsir kat living room. (bukan langsir baru pun, tapi aku rasa kaler oren ni lebih ceria berbanding kaler coklat gelap yang sedih sebelum tu).
Entah macam mana aku rasa macam nak tengok kekilauan kereta hasil kerja keras aku membasuh sebelum tu. Sebaik aku menyelak langsir, aku terpaku bila pandangan aku terarah ke bahagian tayar sebelah driver. Seekor binatang panjang berwarna kuning keemasan, lidah bercabang, macam memerhati ke arah sliding door yang aku dah lap. Sebahagian badan dia tersorok di bawah tayar, sebahagian lagi badan macam terdongak ke atas tapi kepala tak kembang. Dalam kepala otak aku, eh, macam mana dia boleh datang sini? Sangat la terkejut. Bulu roma aku dah meremang. Aku cari handphone, rupanya kat tingkat atas. Berlari aku nak ambik handphone, dalam masa yang sama berdoa supaya benda panjang tu tak berubah tempat. Jiran sebelah menyebelah dua dua takde di rumah. Kalau aku call bomba, mungkin dekat setengah jam nak datang rumah aku. Jadi aku call Kak Lela. Alhamdulillah, Kak Lela ada di rumah masa tu. Dia datang dengan suaminya yang bersenjatakan besi panjang. Bila aku bukak gate, binatang panjang tu berlari ke arah pokok orkid. Suami Kak Lela pukul benda panjang tu. Aku rasa binatang tu liat jugak nak mati. Sebab suami Kak Lela pukul beria-ria, baru benda tu tak bernyawa. Aku nampak kepanjangan sebenar, mungkin dekat 4 kaki panjang. Dia masukkan dalam plastik, dan bawak beg plastik berisi benda panjang tu ke tempat lain (siap naik kereta lagi) ke destinasi yang aku sendiri pun tak tau. Tapi memang elok la macam tu. Mana tau kot kot pasangan dia datang cari kang..
Phobia nya sehingga selepas sebulan lebih...aku tetap akan mengintai dulu ke luar sebelum aku keluar dari rumah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan