Jumaat, 9 Mac 2012

Hari ke 3

Breakfast kali ke 2. Kali ni aku turun awal. Kelibat rombongan kementerian dalam negeri dah takde. Mungkin diorang dah balik. Mat-mat saleh pun tak ramai. Mungkin masih berdengkur kot. Ada la satu dua meja yang dipenuhi dengan geng geng Betty Lo Soi La Fea (sebab aku terdengar dengar depa sebut...Porfovor laa...Gracia laa.) Semua macam umur mak abah aku je. Takde sorang pun yang macam Maria Clara. Hahaha...diorang ni aku tengok tua tua pun tapi beauty conscious. Makcik tua-tua pun masih pakai legging. Lipstick warna merah terang. Baju aku rasa branded jugak kot. Aku yang rasa underdressed dengan tshirt tangan panjang, seluar track, selipar sret sret. Err..tapi ni kan tujuannya nak breakfast kan, bukan nak mengorat. Dah kau pakai lipstick merah menyala, tak risau ke bahan pewarna lipstick tu masuk ke roti bakar kau? Potential lead poisoning tu. Tapi tak pe la, umur kau dah separuh abad kan...mungkin masa remaja kau tak merasa pakai lipstick merah menyala. Aku pun tak merasa pakai lipstick ke, mekap ke masa remaja, sebab mak aku cakap nanti rosak muka. Tu pasal sampai sekarang pun muka aku berminyak je tak reti nak berbedak. Oppp...dah panjang syarah aku. Pagi ni, pempuan yang buat omelette tu, Jorjina nama dia, sangat peramah. Belum sempat gluteus maximus aku hinggap ke kerusi, pelayan dah tanya aku nak kopi ke teh. Tapi aku buat sombong, cakap, takpe, nanti aku nak aku ambik sendiri because I prefer it to be hot. Hahah....siap speaking tu tak boleh belah aku rasa. Basically, ada improvement la pada layanan yang diberi oleh pelayan-pelayan tu pagi ni. Sebab dah tak ramai orang.

Seperti yang dijanjikan, pukul 8 aku jumpa drebar teksi, kawan kepada Pakcik Jiniam, iaitu Val anak Ritong. Tapi setelah dibaptiskan nama dia menjadi Valentine. Aku tanya, adakah dia lahir pada hari Valentine? Dia cakap tak. Dia drive ke Pasar Satok tu, 15 minit je. Dekat je rupanya. On the way, aku nampak Sekolah St Thomas, ni dia sekolah rendah anak makcik Nurjannah. Lagi aku teringat kat dia. Cis....Sampai Pasar Satok, aku beli terubuk masin dengan seorang tokey terubuk, namanya Ibrahim, kawan kepada Valentine ni juga. Err....adat la kan, kroni kroni juga yang diperkenalkan. Pakcik Ibrahim ni, katanya dulu dia buat import export (aku terbayang rumah dia ni mesti banglo 3 tingkat, siap ada swimming pool), tapi lepas tu dia buat bisnes terubuk. Tengok muka je aku dah tau, Pakcik Ibrahim ni ada high cholesterol. Aku pesan kat Valentine, nanti suruh Pakcik Ibrahim ni check cholesterol level dia, jangan asik nak kira duit je...Balik ke hotel, aku kemas beg. Siap.Tetiba aku teringat kek lapis tak beli lagi. Aku turun lagi sekali, berjalan kaki ke shopping arcade tu, rembat kek lapis. Balik ke hotel jalan kaki. Siap siap. Check out. Val dah ada tunggu kat bawah (ke dia tunggu aku dari pagi tadi sebab takde customer lain?). Pakcik Jiniam tu punya la baik, sempat pulak aku berbalas mesej dengan dia. Dia bertanyakan aku dapat ke tidak terubuk tu. Lagi dia cakap next time aku datang Kuching, dia nak bawak aku round round dengan kereta murah dia, tapi aku tak le tanya dia bawak kereta apa. Aku call Pakcik Jiniam yang aku dah nak berangkat ke airport, dan barang-barang yang aku nak, ada semuanya. Dalam perjalanan ke airport, Val sempat tunjuk kat aku, dalam ipad dia, video yang dia tangkap kat Semenggoh Wild life centre, sapa lagi kalau bukan Ritchie orang utan berbulu tu. Idup lagi rupanya ye. Last time aku datang Kuching pun, Ritchie ni ada. Perjalanan ke airport tak lama, dalam 20 minit je. Check in. Isi perut sikit. Flight on time. Sampai KLIA pukul 3.35pm. Terus cari train ke KLSentral. Dalam KLIA express tu, Pakcik Jiniam siap mesej aku, tanya dah selamat sampai ke tidak. Siap dia cakap dia doakan aku supaya selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Wahhh....ni aku terharu ni. Next datang Kuching jangan lupa call dia. Sampai kat KLSentral, jumpa adik kat sana. Aku pass kek lapis dengan souvenir yang dia nak. Yang lain-lain tu nanti la,malu nak selongkar beg depan public.

ETS pun on time. 5.35pm. Sampai Ipoh dekat pukul 8. Nyah ambik aku dan hantar ke rumah.

Tebaloi aku, dari 3 keping dah retak menjadi berkeping keping. Sama dengan hati aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan