Ahad, 5 Oktober 2014

Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Pagi hujan renyai-renyai. Abah, mak dan aku naik kereta ke masjid. Kalau tak hujan, mau je aku jalan kaki ke masjid. Jalan kaki lagi best. Tapi kalau hujan jalan lecak, tak best. Solat Aidil Adha berjemaah. Mak duduk baris depan. Aku kat tengah-tengah. Dah nak takbir tu baru perasan Nyah dalam baris yang sama dengan aku. Nyah datang kemudian dengan Nyah Lizam. Nyah sekeluarga bertolak ke Kg Kota lepas solat untuk qurban kat sana.

Tengahari, dapat jemputan makan tengahari sekeluarga. Datuk Mazlan tu datang sendiri mengajak. Dia buat kenduri sempena qurban. Agaknya abah, mak dan aku datang awal sikit, maka aku dengan mak kena la menyinsing lengan menyiapkan makanan kenduri. Dan aku belajar macam mana nak buat air asam yang ada kerisik tu:

1) Cili merah, dipotong
2) Cili padi, potong juga
3) Tomato, dipotong
4) Bawang besar, hiris halus
5) Kerisik
6) Belacan
Gaul je semua. Apa lagi, ngappp.

Tengahari, kami bertiga bergerak ke Kuala Lumpur. Abah, mak dan aku. Sampai di KL petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan