Sabtu, 1 Ogos 2015

Home improvement 1

Panggil tukang nak buat tar jalan (H) berkali-kali, entah berapa kali. Dia cakap tengahari. Pukul 2 petang aku dial nombor dia lagi, dia kata yennadeiii ...terlupa. Tunggu sampai pukul 3 tak datang. Aku pergi turut naik basikal (ada sebab kenapa aku tak nak bawak kereta) sampai depan surau, baru dia nak datang rumah aku. Charge yang tidak reasonable untuk letak tar sikit depan rumah tapi sebab aku dah sakit ati sangat tengok jalan tu berlubang, aku buat-buat tak nampak aje lah masa nak kira duit tu. Lagi yang buat aku geram, dia boleh mintak air minum pulak padahal kerja belum siap. Deiii..

Panggil plumber (C), dia kata pukul anam dia mali. Tengok-tengok pukul 5 sulah sampai lepan lumah. Kerja pun cekap. 

Plumber tanya aku, belapa halga itu letak tar? Aku bagitau dia. Plumber kata, sangat mahai wooo.. Nanti lu pigi tanya Ah Kei (sambil menunjuk ke rumah corner lot kat satu sudut tu). Dia ada banyak contact.

Plumber C memang patut dicontohi. 

Hujan lebat sewaktu aku menggoreng bihun untuk buka puasa hari ke 3. Esok nak call orang repair atap pulak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan