Sambung balik cerita polis...
Polis kat Balai Polis Sungai Senam call aku hari Jumaat tu, dia kata aku tak payah buat polis report lagi bila aku dah balik dari KL nanti. Tapi aku kena cari lawyer sebab ini kes civil. Err...aku tak paham la sebenarnya, kes civil maksudnya polis tak boleh tangkap ke penipu durjana ni, letak dia dalam lokap dan kasi dia makan nasi dengan kicap aje? Polis cakap company penipu durjana tu company yang didaftarkan. Kalau tak daftar, ye la polis boleh take action. Err...maksudnya kalau company yang berdaftar, diorang boleh main tipu tipu la gitu ye, boleh lepas la sekalipun kalau bagi cek tendang? Aku sendiri tak paham, aku tengah pening masa polis call aku tu sebab tengah busy mengopek ikan bilis adik aku, so aku iyekan aje la. Tapi mengikut firasat aku, polis tak larat nak handle kes tipu-tipu ni, sedangkan berlambak lagi kes samun, kes bunuh, kes rogol yang depa tak dapat settle. Maka aku berpendapat, lebih elok aku report pada Tribunal Pengguna aje nanti next week.
Semalam hari Sabtu, aku dah balik semula ke tempat aku. Kan aku cakap nak keluar lunch kan entry blog semalam? Actually, adik hantar aku ke Stesen Sentral tu, tengok-tengok ada pulak construction jalan depa tutup, nasib baik adik terel cari jalan lain. Tengok hari dah pukul 1.30pm time tu, aku cakap tak payah le adik lunch sekali dengan aku, karang nak cari parking satu hal, dapat parking lepas tu nak order makan satu hal. Maka adik turunkan aku kat Stesen Sentral, aku cari le food tapau, aku bawak masuk dalam train, makan sensorang. Tepat pukul 2 pm, train tu bergerak. Sampai tempat aku tepat pukul 4.15pm. Nyah dan 5 orang askar dia ambik aku dan hantar aku ke rumah. Ada sikit biskut-biskut raya dengan kerepek tu, tu le aku sajikan pada diorang. Nyah ada tinggalkan sup tulang, ada la lauk aku makan malam tadi.
Ada satu lagi kisah aneh yang berlaku waktu aku dinner di rumah malam tadi. Aku dah siap hangatkan sup. Nak makan dengan nasi panas-panas. Aku switch on kipas. Tak gerak. Aku tekan remote pada III (I= paling slow, III= paling laju), dia gerak sikit, kemudian gerak laju, kemudian slow balik. Aku off kan suis kat dinding. Aku on balik. Langsung tak gerak. Heish...satu hal la pulak aku nak call orang Alpha ni. Dah la diorang datang time ofis hour je. Berpeluh sakan aku makan nasi. Aku tengok tv tapi pada masa yang sama memikirkan apa la salah agaknya kipas tu, padahal orang Alpha tu baru je datang tukar IC board dia dalam bulan puasa yang lepas. Pagi ni tadi, sebelum breakfast, bila aku bukak suis kat dinding, elok je dia berpusing seolah-olah macam takde apa je jadi pada malam sebelumnya tu. Heiii...aneh sungguh. Anyway, alhamdulillah la dia dah elok. Tak la susah aku nak panggil orang Alpha tu datang.
Hari ni, aku tak balik ke kampung. Pagi, aku masak nasi goreng. Tengahari pun aku makan nasi goreng yang sama. Petang aku keluar ke kedai jap, nak cari tepung. Tetiba keluar lak idea nak buat karipap petang ni. Tengah aku merebus keledek, tetiba gas habis. Aku call kedai yang pernah hantar gas tu, dia kata maghrib baru boleh hantar. Eish..dah malam tu. Aku pun segan orang kedai datang malam. Jadi aku tanggalkan kepala gas tu. Aku roll kan tong gas yang kosong tu (kosong = ringan), dan aku angkat, letak kat tempat duduk belakang kereta. Aku pegi balik kedai tadi, aku nak beli gas. Dia charge aku $29 untuk 14 kg punya (sepatutnya lebih murah sebab aku angkat tong gas sendiri masuk rumah). Setibanya di rumah, aku nak bawak keluar tong gas tu dari tempat duduk belakang PUNYA LA PAYAHHH!!! Haaa....konon macam pandai sangat nak bawak sendiri, tong yang aku hantar tadi kosong memang la ringan, ini tong baru beli punya la berat gila babi! Rasakan! Berpeluh-peluh basah baju aku mengangkat tong gas tu dari tempat duduk belakang. Lepas tu berpeluh-peluh lagi sebab aku tak sure patut aku tekan dulu kepala gas tu ke, atau aku patut pusing dulu. Tapi akhirnya karipap yang aku buat jadi juga....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan