Game start pukul 8.15am. Tak ramai yang aku kenal, melainkan Pak Din, Dr Shafie Radio dengan Dr Shafie Forensic. In fact player dept aku sendiri pun aku tak berapa cam except Encik Shukri, sebab diorang dari unit yang berlainan, Farhana dari Biochem, Norbaihiniyah pun aku rasa biochem. Adik-adik yang lain tu, dari Microbe. Ada 2 team volleyball dari pasukan lab. Team A dan B. Ada banyak lagi pasukan dari department lain. Tapi yang paling digeruni ialah dari Farmasi. Ganas semacam aku tengok. Aku sempat main game sekali dengan diorang ni, masa turun latihan hari Isnin lepas. Jadi sedikit sebanyak aku dah dapat agak cara permainan diorang ni. Ada jugak yang aku kenal (kenal muka aje). Seorang player ni serve bola sampai keluar gelanggang. First game team A kami kalah. Second game menang tanpa maruah (sebab casualty tarik diri). Third game pun kalah. Last game dengan Paediatric menang. Ni aku puas hati la game last sekali ni, sampai lebam lebam tangan aku beria-ia meng-serve bola. Team B memang hebat la. Dengan Encik Syukri. Dengan Amir yang badan melentur macam buluh. Game semua habis pukul 6 petang. Aku sempat pegi round round dulu nak cari kat mana restoran ayam kampung...Aku balik rumah untuk prepare acara malam nya pulak...
Aku sampai kat restoran ayam kampung tu dalam pukul 8.30pm, parking agak susah sikit sebab ramai orang dah sampai kot. Aku nampak dah label HRPB tu, tapi saja je gatal lagi nak tanya kat adik waiter. Adik waiter cakap acara HRPB kat atas. Aku naik tingkat atas tersampai ke atas sangat sampai terjumpa dengan gril yang berkunci, terdengar macam suara orang riuh-riuh, aku turun separa kemudian jumpa the venue. Masa aku masuk ke dewan tu, orang dah makan-makan separuh pinggan. Encik Kadir nyanyi lagu selingan. Kemudian tiba acara pertandingan karaoke. Mula-mula Haji Miaz nyanyi lagu melayu. Ija nyanyi lagu kumpulan May. Diikuti dengan Scientific Officer lagu indon. Mr Gobin nyanyi lagu Knock 3 times. Kemudian tiba lah turn aku. Heish...berdebar-debar jugak ni. Dengan lafaz bismillah, aku pun start nyanyi. Tiba part korus tu, aku ingat susah juga, tapi agaknya siang tadi aku dah practise menjerit kat gelanggang volleyball menyorak team aku, maka kerja yang susah menjadi senang.
Dan aku dapat lucky draw.
Dan aku diisytiharkan sebagai juara karaoke. Hehehe...
Balik dengan badan yang penat, muka yang perang, mata yang merah, lengan yang lebam, tekak ok ok je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan