Minum Horlicks di pagi hari Selasa, tak seperti hari-hari lain dimana aku minum kopi, tak pun kopi segera. Bila dah sampai petang, tiba-tiba kepala rasa berdenyut-denyut sakit weh...rasa macam tak mampu nak memandu dari ofis balik ke rumah. Aku rest kejap...picit-picit kepala...ada kurang, tapi tak kurang sepenuhnya. Dah sampai rumah tetap sakit kepala. Berbuka aku minum kopi. Baru hilang beransur-ansur.
Pagi tadi bersahur. Minum Horlicks yang aku campur kopi segera. Hehe...tak sedap langsung. Tapi aku telan jugak. Ubat ni..
Tengah aku bermalas-malasan lepas sahur, adik sms aku. Dapat 42.6/50 untuk tugasan yang aku siapkan sempena integrasi nasional. Haaa....What do you expect from a burnt out pathologist...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan