Selasa, 14 Ogos 2012

Tak mau kena tipu

Sabtu lepas tengah aku nak berehat kejap sebab dah penat buat inti karipap, ada phone call, kononnya dari celcom, bunyi suara lelaki, ada pelat indon, bagitau aku menang cabutan bertuah dapat cash RM 5000 sebab nombor handphone aku bertuah katanya. Dia nak bagi hadiah tu, dan aku kena pegi ke nearest atm machine sebab dia nak bagi kat situ. Aku kata, nanti aku pegi. Dia kata aku kena pergi time tu jugak. Dia listkan semua bank bank yang ada kat malaysia ni. Aku kata ye aje kepada salah satu dari bank yang dia sebut. Kemudian dia cakap, dia akan call lagi dalam masa terdekat. Aku kata, aku tak nak la pegi time tu, sebab aku sebok nak masak untuk berbuka. Then the conversation stop there.

Aku pun tau jugak kan...orang nak menipu, next time jangan la bercakap bunyi macam pak indon sangat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan