Sabtu, 18 Ogos 2012

Sehari sebelum raya

Mengopek kelapa sebanyak 2 bijik, mengukur kelapa sebanyak 6 bijik, menyebabkan tangan aku dah menggeletar rasa macam nak bukak puasa tapi ku tahan Jebattt!!

Berpuasa sehari sebelum raya adalah sangat memenatkan. Kalau ada peluang tak boleh puasa kerana berdarah, memang aku akan minum air dan makan nasi aku tak peduli. Malangnya aku tak berdarah sehari sebelum raya.

Tahun ni aku perasan dah tak banyak sms selamat hari raya. Nak kata orang dah balik semula menghantar kad raya, tak jugak. Sebab aku cuma dapat 2 aje kad raya tahun ni. Satu dari lelaki hitam crv putih, satu lagi dari dr hitam sari tak putih.

Malam lepas berbuka, mak, abah, adik dan aku bersiap-siap nak merayap kat supermarket. Maka Yong dan keluarganya terpaksalah tinggal di rumah, dan buat la apa yang patut ye.

Rasa macam best je merayap di malam raya selepas berbuka. Aku dengan abah boleh berebut nak tolak troli. Adik sebok nak cari extra sup soto sebab risau baki rempah soto yang aku bawak dah tak elok. Mak belanja minum teh.

Merayap di malam raya sesungguhnya telah meredakan kepenatan aku mengukur kelapa dan meng-rejuvenate kan badan aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan