Ahad, 19 Ogos 2012

Di hari raya teringat aku kepada sidia

Di pagi raya, aku masuk bilik air seawal pukul 6 pagi sebab aku nak mandi sunat hari raya dan bersyampu sesuka ati dan selama mana yang aku nak. Kalau lewat, alamat nya tak de can la nak mandi lama-lama.  Dah mandi sunat, baru teringat eh eh, pagi ni boleh makan la. Jadi apa kita nak masak pagi ni ye? Apa yang senang, tu la yang aku masak. Aku goreng mi dan nampaknya anak-anak sedara aku suka sebab habis mi goreng aku dalam masa sejam.

Abah mula-mula tunjuk kuat nak berjalan kaki ke masjid. Mak mengesyorkan adik hantar naik kereta baru la ada gaya mak aji dan pak aji dihantar oleh drebar, katanya. Haha...aku tipu, sebenarnya aku yang malas nak berjalan, kang berpeluh pulak ketiak, nanti bau masam. Akhirnya, mak, abah dan aku dihantar oleh adik untuk bersembahyang raya.

Lepas tahiyatul masjid, aku bersin-bersin, meleleh hingus yang kalau aku hembus, aku sangat pasti warnanya adalah jernih dan bukan hijau. Dan sebaik aje imam habis baca doa dan khutbah, orang salam-salam, aku pun bangun sambil hingus aku pun rasa macam stop terus. Magis!

Petang, anak-anak sedara mak dan kroninya datang. Ramai sungguh. Rasa penat. Tapi di waktu malam, masih ada tenaga untuk main mercun pop-pop. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan