Jogathon:
Dapat nombor 2 untuk lari 3 km. Sangat lah berbaloi membayar RM30 untuk masuk jogathon, dan dapat hadiah RM300. Aku tak rasa semput. Cuma ada masanya rasa macam sengal kat bahagian perut sebelah kanan. Agaknya terlebih minum air awal pagi sebelum berlari tu. Kejadian berlaku hari Sabtu, 22/3/2014.
| I win! |
| Not bad kan.... |
KL:
Petang, lepas asar, aku memulakan perjalanan ke KL. Tiba di Cheras pukul 9 malam. Aku parking kereta di HUKM. Aku kena belanja seorang manusia berkulit hitam berkereta putih. Asal nya nak makan nasi Arab. Tapi sebab dah lewat, makan ayam golek aje le kat Pantai Dalam. Kejadian berlaku 22/3/2014
Lymphoma:
Hari ni bergerak ke Kota Kinabalu. Adik hantar ke KL Sentral pukul 6.50am. Drop bag di kaunter, supaya tak terhegeh hegeh aku mengangkat beg naik ERL. Ada workshop lymphoma, isnin dengan selasa. Adik temankan aku, tapi flight ke KK kami gerak asing-asing, sebab dia beli tiket flight lewat sikit dari aku. Aku sampai dulu di KK. Lepak dekat surau. Makan laksa kat Old Town White Coffee. 3 jam selepas tu, baru adik sampai. Adik sewa kereta, jadi aku tak perlu risau nak bergerak ke tempat workshop.
Tg Aru:
Setibanya adik di KK, dapat kereta sewa. Kami check in di hotel Le Meridien. Seterusnya agenda mencari
makan malam. Tiba di Tanjung Aru pukul 5.30pm. Orang ramai. Berjalan-jalan di tepi pantai. Kemudian singgah di warung yang ramai orang tu. Nasi kami mintak separuh, tapi diberi penuh. Bila cakap dengan adik lelaki tu,kami nak separuh aje. Dia boleh kata "Biarkan ja la..." Rasa nak ku sepuk je muka adik yang macam tak bersalah tu. Lauk ikan 3 rasa, pucuk paku, tomyam. Air teh o ais. Untuk 2 orang dengan harga RM59. Gila cekik darah. Kejadian berlaku 23/3/2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan