Esok hari raya haji. Hari ini aku masih kerja. Tapi mood kerja dah ke laut. Jadi patut kah aku datang kerja pada hari ini? Jawapannya patut sangat, sebab cuti tahun aku dah tinggal 2 hari je. Lepas tolak trip nak ke Vietnam bulan depan. 2 hari tu aku save kan mana tau kot sesak ke. Atau rasa sengal ke. Ke nak pergi kursus, balik dari kursus dah penat ke. Atau pun ada orang datang melawat aku secara tiba-tiba ke. Ligat kepala otak aku pikir. 2 hari je. Tapi banyak benda boleh buat dalam 2 hari tu.
Aku dah setel kan
-bil broad band
-bil phone
-bil kredit kad untuk bulan ini.
-bil letrik tak payah sebab kurang dari RM20.
Bil astro je aku belum setel. Nanti lah.
Aku jugak dah setel
- IAP bulan November
- WXYX bulan Disember
- Brain bulan Mac
Aku tak mau kecoh-kecoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan