Misi yang biasa aku tengok pakai baju putih, seluar putih, tudung pun putih. Line kat tudung aje yang macam-macam warna. Putih, pada aku membuatkan sesiapa saja yang memakainya nampak besar dan peramah. Kalau ikut style pesen misi,memang cutting baju misi tak boleh buat gelebeh. Nanti nampak badan macam beruang. Pada aku, misi memang takde can nak pakai baju warna gelap untuk kelihatan kurus. Dan tudung pun tak boleh rambu ramba.
- Lelaki yang suka tangan masuk poket
Mungkin diorang tak terpikir, tiap kali tangan tu masuk poket, secara tak sengaja bentuk bontot tu akan kelihatan lebih jelas. Terutama kalau baju tucked in. Kalau pakai baju batik, tak payah tucked in, jadi tak nampak. Jadi adakah lelaki yang suka tangan masuk poket ini sengaja mau tunjuk bentuk bontot? Ada ketikanya, mata aku sukar untuk terlepas pandang...
- Famous rupanya ye
M.O aku mintak aku sign recommendation letter untuk dia join master program. Ada column untuk aku isi...berapa tahun tuan kenal dengan calon? Aku tak suka dengan perkataan tuan, kerana aku bukannya seorang tuan. Sebelum aku isi ruangan tu, aku tanya dengan M.O tu, how long have I know you? Dia cakap 7 bulan. Aku cakap, eh ye ke, aku rasa macam dah lama je dia kat department aku ni. Dia kata, dia memang dah kenal aku lama, tapi aku mungkin tak kenal dia. Dia cakap dia kenal aku sejak aku suka tanya soalan kat CME hospital. Eh eh...aku rasa macam tak la berapa kerat sangat soalan yang biasa aku tanya. Walaubagaimana pun, aku rasa mungkin soalan yang aku tanya telah menimbulkan satu kesan yang mendalam yang telah membuatkan M.O tu kenal dengan aku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan