Bertolak seawal pukul 7.30 pagi dari Air Tawar menuju ke HUKM. Aku dropkan Abah dengan Mak kat lobi, disambut oleh Ina. Sementara aku parking kereta kat stadium, kena berjalan le sikit, tapi takpe, exercise. Aku bawak sebatang payung, for protection from the sun and also just in case rain rain come.
Hari ni Abah menjalani cholangiogram dan suture to open (clip sebenarnya, bukan suture).
STO tu dibuat di Klinik Surgeri. Nak bukak clip tu ada alat khas yang lebih kurang macam playa nak cabut clip tu dari kulit. Seram juga aku menengok nurse tu buat.
Cholangiogram dibuat di Pusat Endoskopi, kat tingkat 1. Abah tak boleh makan sejak pukul 8 pagi tadi, sampai lah prosedur tu dibuat.
Dah habis semua aktiviti, hujan la pulak. Haaa...tu la gunanya payung. Sampai di kampung pukul 8.15pm.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan