Jumaat, 22 Ogos 2014

22/8/14

Breakfast:
Aku goreng mi pagi ni. 

Menggoreng mi adalah kerja mudah kiranya semua bahan-bahan ada dan lengkap. Kalau tak lengkap tu susah juga. Kiranya ada substitute, ok. Kalau tak terpikir apa substitute, main hantam saja lah...

Tapi lastnya mi goreng aku habis juga. Lagipun sikit. 


Hari Berkabung Malaysia
Hari ni adalah hari berkabung seluruh Malaysia. Mayat mereka yang terkorban dalam nahas MH17 (bukan semua, 20 mayat) dibawa balik dari Amsterdam. Aku, mak dan abah terpaku depan televisyen menyaksikan satu demi satu keranda dibawa turun dari flight oleh askar-askar. 

Sekali lagi air mata aku mengalir. I could possibly be one of them. 

Lagi sebak bila aku tengok budak umur 9 bulan, Abderrahman yang tak tau apa-apa...dikendong oleh kawan abahnya yang merupakan mangsa dalam nahas kejadian.



Lepas tengok tv, pergi ke pekan kejap ada urusan. Bertolak ke KL sekitar 12 tengahari. Sampai di Cheras dalam pukul 4 petang. Ambik adik, check in Sunway Putra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan