Khamis, 21 Ogos 2014

Objek melintang

Aku siap kemas beg semua. Petang ni lepas ofis aku terus zoom balik kampung. Esok aku, mak dan abah nak ke KL dari kampung. 

Sesampai di jalan kecik nak masuk ke rumah aku, ada objek yang melintang di tengah-tengah jalan, yang mulanya aku ingatkan daun nyior melintang kat tengah jalan. Bila dah dekat, aku nampak objek yang melintang itu bergerak masuk ke semak kat tepi jalan tu. Haaaaaa!!! Ular!!! Bila aku dekat dengan tempat semak tu, aku dah tak nampak what is the real colour of the snake. Tapi aku syak either warna hitam, atau dark brown.

Scary ehh..

Aku ingatkan abah, mak. Sebab abah selalu jalan-jalan exercise kat jalan tu. Mak pulak nak ambik buah asam gelugur pun akan lalu ikut jalan yang sama. Nak ambik daun pisang pun lalu ikut jalan yang sama.

Biar takut sikit, dan berjaga-jaga. Malang tak berbau. Kalau malang ada bau busuk, mesti la orang akan hindarkan seboleh-bolehnya ye tak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan