Isnin, 5 April 2010

Caca marba

Petang semalam tengah aku baring-baring kepenatan kerana membasuh boipren city aku, telefon berbunyi. Abah call, cakap nak datang. Masa tu diorang ada kat Tapah. Aku yang memula ingat nak tidur, terus turun bawah, bukak peti ais dan keluarkan barang-barang nak masak. First, kisar cili. Mungkin aku tengah kecoh, jadi blender tu aku tak kemaskan betul-betul sebelum aku bubuh cili kering, jadi masa tengah blend cili, sedikit air cili tu keluar menceceh dari bawah. Hah...aku off cepat-cepat. Takut pulak kena kejutan letrik, aku yang diusung ke mortuary pulak kang. Dah la aku on-call this coming week, sapa pulak nak buat p.m kat aku? Takkan m.o aku lak yang nak buat? Mesti diorang tak sampai ati nak hiris badan aku kan? Eish...melalut panjang lak. Second, hiris bawang dan sayur-sayuran. Third, keluarkan kuetiau dan celur. Agaknya terlama sikit aku celur, kuetiau tu jadi lembut terlampau. Masa goreng, kuetiau dah hampir-hampir nak jadi nasi impit. Tapi disebabkan ada kicap, sos, cili, jadi tak la nampak macam nasi impit. Segala perkakas memasak aku dah siap basuh, eh eh...diorang tak tiba lagi. Kuali je la aku tinggalkan terendam dalam sinki, sebab nak tunjuk evidence yang aku sendiri masak kuetiau tu, bukan dibeli. Lebih kurang pukul 5, parents aku sampai. Mak keluarkan kapet yang dibeli kat Nilai. Mak cakap "rumah kamu ni takde kapet, sakit badan nak baring atas lantai". Ye la, dah siap katil bertilam, buat apanya nak tidur atas lantai? Selain dari itu, 3 ekor ikan puyu kecik jugak mak beli, dia bubuh dalam akuarium tu. Sekarang ni aku dah ada 6 ekor puyu. Hihi...kalau takde lauk, aku boleh pancing je puyu tu dan goreng. Reason diorang datang rumah aku bukan untuk buat spot check, tapi nak bagi kapet dan puyu 3 ekor tu. Alang-alang dah penat, diorang tidur rumah aku malam tadi. Sebagai anak yang baik (ehemmm), aku masak lauk dan nasi malam tadi. Kasi makan kenyang-kenyang. Malam lepas makan, tengok anugerah artis popular kat tv. Irritated je aku tengok sesetengah artis tu nak cakap english, tapi macam tak pegi sekolah langsung. Eiii.. memalukan. Tapi aku patut puji m.c sebab berani menegur artis yang belum kawin tapi dah pegang pegang. Hah...dapat kau sedas. Bab Pakcik Daud dengan one nation emcee nyanyi lagu sama-sama tu, aku rasa kesian pulak dengan Pakcik Daud kena nyanyi lagu dia sendiri, tapi mengikut style hip hop. Kesian. Patutnya lagu Pakcik Daud kena maintain tradisional, dan Pakcik Daud kena buli budak-budak one nation emcee tu gelek style tradisional. Hahaha...tapi takpe. Tunggu aku buat channel aku sendiri kat tv ye.
.
Pagi ni aku sempat goreng pisang tanduk (yang dibawa dari Muar) sebagai breakfast untuk kami bertiga. Mak sempat korek ubi pokok temu yang aku tak sengaja tanam kat tepi porch keta tu. Mak cakap awet muda. Tapi aku cakap, aku baru je racun rumput kat situ 3 minggu sudah. Aku takut nanti racun tu masuk dalam rantaian makanan. Bukan saja tak awet muda, malah aku bakal masuk mortuary dan terbaring di atas troli. Jadi ubi temu tu akan aku tanam balik petang karang.
.
Pak Din mortuary baru call aku tadi. Dia cakap ada sorang budak India mati dalam bas. Aku harap dia mati bukan sebab ada orang bunuh, ataupun keracunan makanan. Ataupun mati akibat makan temu lawak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan